10 Intipati Ucapan Pengulungan Datuk Seri Najib Tun Razak, #PAU2017

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari akhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) menyampaikan ucapan penangguhan yang padu serta sarat dengan amanat penting untuk semua ahli UMNO sebagai bekal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ucapan Datuk Seri Najib selama 52 minit 32 saat, tamat kira-kira jam 5.30 petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menaikkan semangat semua perwakilan untuk menghadapi pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Daripada ucapan Datuk Seri Najib, boleh dikupas 10 perkara menarik dan penting untuk dihayati oleh rakyat secara keseluruhannya.

1. Perhimpunan Terbaik Setakat Ini

Menurut Najib, beliau sudah terlibat mengikuti setiap perhimpunan agung UMNO sejak tahun 1976 sehingga ke hari ini. Menurutnya, dalam banyak perhimpunan yang pernah dihadiri oleh beliau, perhimpunan kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan.

“Saya tengok pada moodnya, moodnya baik. Saya tengok pada sentimennya, sentimennya baik. Saya tengok disiplin, disiplinnya baik dan saya kagum dengan kehadiran begitu ramai yang datang daripada segenap pelusuk tanah air kita,” kata Najib.

Beliau turut menghargai orang ramai yang hadir menonton ucapan beliau itu pada skrin LED di luar Dewan Merdeka yang tetap setia sepanjang perhimpunan.

“Kebanyakannya kaum-kaum ibu kita, mereka ini tidak hendak apa-apa. Mereka tak nak jadi wakil rakyat. mereka tak nak kontrak. Mereka tak nak tender terhad. Mereka ini adalah penyokong setia tegar UMNO, yang mereka nak cuma bersalaman dengan pemimpin sahaja.

“Mereka duduk bersimpuh makan nasi lemak, bersandar pada tiang dengan penuh harapan untuk melihat UMNO terus berkuasa sebagai parti pemerintah,” kata Najib.

2. Isu Baitulmaqdis : Tangguh Mesyuarat Perundingan Tahunan Dengan Perdana Menteri Singapura

Najib dalam ucapannya juga menegaskan beliau berjanji akan membantah habis-habisan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang membuat keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia adalah simbol kesucian umat Islam seluruh dunia.

“Saya akan hadir Persidangan Khas OIC di Istandul, Turki pada 13 hari bulan ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi, tiga hari lalu, Presiden Erdogan telefon saya, dia minta saya hadir kerana suara Malaysia penting, dia kata,” katanya.

Menurut beliau, secara kebetulan pada 13 dan 14 Disember, Najib dijadualkan menghadiri mesyuarat tahunan antara beliau dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tetapi masalah sejagat umat Islam, ia terpaksa ditangguhkan.

“Kebetulan pada 13 dan 14 saya ada annual consutations dengan Perdana Menteri Singapura, saya telefon Perdana Menteri Singapura, Hsien Loong, saya kata ‘please understand, this is an issue that affects my faith as a Muslim dan the faith of all Muslim,” kata beliau.

3. Mempunyai Seorang Timbalan Yang Merupakan Sahabat Setia

Pada ucapan penangguhan beliau, Najib turut membacakan beberapa bait lagu nyanyian Datuk DJ Dave yang menceritakan tentang satu persahabatan sejati, yang menggambarkan persahabatan Najib dan de-facto Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya masih ingat pada bait-bait lagu Datuk DJ Dave, sukarnya mencari kawan yang setia yang sanggup menolong di masa kau susah, kawan sewaktu senang tak payah kau cari-cari, di mana sahaja mudah kau jumpa, kawan yang setia ibarat cahaya, menjadi penerang masa kegelapan, ia tak tergamak biarkan kau sendiri, nasibmu pasti dibela,” ujar Najib.

Najib mengakui dengan adanya Ahmad Zahid yang selalu mempertahankannya selama ini, beliau yakin beliau tidak keseorangan dalam perjuangan ini untuk berdepan tekanan dan cabaran pembangkang.

4. Jangan Ambil Seseorang Dari Masa Lampau Untuk Jadi Perdana Menteri Masa Depan

Menyentuh soal bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Najib berkata ada kedengaran beliau bersedia jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memerlukannya menjadi Perdana Menteri semula. Menurut Najib, ada pihak juga menyatakan bahawa mereka mahu Ketua Parlimen DAP jadi Perdana Menteri.

“Ada dengar-dengar pula ada orang 93 tahun minat hendak jadi Perdana Menteri balik, yang senja meniti malam, Zimbabwe pun dah tak ada, 93 tahun tuan-tuan… jadi belah situ tak menentu.

“Takkanlah kita nak letakkan masa depan negara kita antara dua ini,” katanya.

Malaysia, sudah ada agenda di bawah kerajaan BN. Pembangunan yang sesuai untuk masa depan dan meletakkan seseorang yang lama tidak akan berjaya membawa Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang.

5. Naik Haji Kerana Perjuangan UMNO

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata rakyat Malaysia yang dapat ke Mekah menunaikan haji dengan kuota yang semakin bertambah adalah kerana hasil pengorbanan UMNO.

“Yang dapat naik haji ni berapa orang? ramai… Tabung Haji dia buat, tapi saya yang uruskan dengan King Salman, dapat, dia tambah lagi banyak orang naik haji kerana apa, kerana perjuangan UMNO lah,” ujar Najib.

6. Semua Peroleh Manfaat Dari Perjuangan

Rakyat semuanya mendapat manfaat hasil dari kerajaan, termasuklah Tok Siak, Tok Imam dan juga semua guru guru Kafa.

“Daripada tok siak, tok imam, tok bilal, guru KAFA dapat elaun khas kenapa, sebab ekonomi kita maju. Ekonomi kita bawah pimpinan UMNO mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus, jadi bila hasil tambah, saya gunakan hasil tu tolong orang B40.

“Pesawah padi, pekebun kecil, nelayan, peneroka, semua dapat di bawah UMNO ini,” kata Najib.

7. Pembangkang “Kucha Lana” dan Caca Marba

Menurut Najib, pakatan pembangkang kini sudah kucar kacir dan beliau menggunakan perkataan “kucha lana” dan caca marba dalam ucapannya untuk menggambarkan kerapuhan Pakatan Harapan (PH).

“Belah sana tu tak ada, kuchalana, cacamarba sekejap kata ini, besok kata lain sekejap kata dedak, lepas tu BR1M masuk pulak dalam manifesto dia, sekejap tolak GST, sekarang terima GST.

“Ini kartun tuan-tuan, ini kartun, ini bukan mentadbir negara dengan serius,” kata Najib.

8. Selesaikan Masalah Di Bahagian

Presiden berkata, soal pokok yang penting sudah pun diselesaikan.

“Kita dah settle dah, soal kepimpinan dah settle, nombor satu, nombor dua dan nombor tiga semua dah settle, Datuk Hisham (Hishammuddin) dah settle, done, done deal.

“Dekat Bahagian ni pakat-pakatlah sikit, tolong pakat-pakatlah boleh tak,” katanya dengan mengharapkan masalah di peringkat Bahagian dapat diselesaikan dengan rundingan sesama mereka atas dasar kekeluargaan UMNO.

9. Pulang Kembali Dengan Semangat Cinta dan Kasih Sayang Kental

Najib menyatakan pesanan kedua yang perlu dibawa kembali para perwakilan kepada Bahagian selepas selesai perhimpunan.

“Pulang kembali dengan semangat cinta dan kasih yang kental kepada parti, semangat kekeluargaan yang tinggi dalam organisasi kita, ini mesti ada pada kita,” katanya.

10. Pulang dan Kembali Berjuang dan Menggempur Dengan Penuh Berani Untuk BN

Dalam pesanan terakhir, Najib mahu para perwakilan kembali dan berjuang untuk menggempur dengan penuh berani untuk BN.

“Semua momentum belah kita sekarang ini, the win is behind us, momentum belah kita. Kebanyakan pegawai kerajaan memihak belah kita, mereka ini pelaksana dasar pendukung dasar Barisan Nasional,” kata Najib.

Ucapan Najib diakhiri dengan semangat para perwakilan yang begitu berkobar-kobar mahu membawa pesanan amanat itu di peringkat bawah.

Semua ahli UMNO dan orang UMNO di setiap peringkat perlu bertindak untuk realisasikan apa yang diucapkan oleh Presiden UMNO. “Pasti kita menang!!! Pasti kita menang!!!, pertahankan Putrajaya” kata Datuk Seri Najib.

Tulisan :

1umno, Sabtu

9 Disember 2017

Jadikanlah #PAU2017 sebagai PEMANGKIN SEMANGAT menuju #PRU14 !

Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Bahru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

kongres-melayu-pertama.jpg

Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

tubuh umno.1.jpg

Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

umno.jpg

Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

Itulah UMNO 71 tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

Dato’ Onn Jaafar merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu padu secara berorganisasi diperingkat nasional.

onn-jaafar.jpg

Turut mencadangkan agar sebuah parti politik kebangsaan ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar berjaya menganjurkan Kongres Melayu yang pertama diadakan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur. Sumbangan terbesar beliau ialah menyatukan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan akhirnya berjaya menumbangkan Malayan Union.

UMNO Telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada British tentang bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Onn Jaafar Turut berjaya memujuk raja-raja Melayu supaya memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.

Dato’ Onn Jaafar juga menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Telah mengambil beberapa perlembagaan parti yang terkenal dari luar negara untuk dijadikan panduan. Dengan perlembagaan pertama itu, UMNO menjadi sebuah parti politik yang sepenuhnya.

Terlalu banyak sumbangan UMNO terhadap negara dan rakyat khususnya. Dari penyatuan bangsa sebelum merdeka sehingga ke pembangunan negara hari ini adalah hasil dari pemimpin UMNO terdahulu.

71 tahun bukanlah usia tua tapi usia yang cukup mematangkan bagi kepimpinan dah ahli-ahli UMNO itu sendiri. Dalam usia ini UMNO telah mengharungi pelbagai cabaran, dugaan dan berbagai pengalaman sepanjang mentadbir kerajaan dan negara. Sudah tentulah pengalaman-pengalaman ini seharusnya mematangkan ahli parti dalam apa juga cabaran yang dihadapi.

presdein.jpg

UMNO perlu terus menjadi juara dalam membela dan menyelesaikan permasalahan rakyat dan tidak seharusnya sekadar menjadi sebuah parti bermusim dalam melaksanakan khidmat bakti kepada rakyat di seluruh negara. Perkara ini perlu terus dititikberatkan agar kepercayaan rakyat sejak sekian lama kepada UMNO tidak akan terhakis.

Begitu juga dalam soal muafakat dan perpaduan berbilang kaum di negara kita. UMNO di semua peringkat perlu menyuarakan segala bentuk permasalahan rakyat. UMNO perlu bercakap perkara realiti dan bukan perkara retorik dan fantasi.

Inilah pendekatan perlu diteruskan. 71 tahun UMNO bersama dengan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional (BN) menjadi nadi dalam kehidupan rakyat terutama melaksanakan tugas dan fungsinya kepada masyarakat. Jadi sejajar dengan 71 tahun UMNO, pemimpin dan ahli parti perlu istiqamah kepada peranan dan tugas yg sepatutnya dilakukan agar perkhidmatan UMNO terus diterima rakyat

umno_logo_71_final.jpg

Selamat bersidang buat semua perwakilan pada Perhimpunan Agong UMNO dari 5-9 Disember 2017. Jadikan perhimpunan ini sebagai pemangkin semangat menuju PRU-14.

Wassalam.

Penulis – Najibqadry • 30 November 2017 • 9.00am

#WIPKL2017 : WOMEN IN POLITICS 2017

22539968_1935682026694138_6533216634989639049_n

Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 9 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sehari sebelum bermulanya #PAU2017 iaitu 4 Disember 2017 akan diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai “Women in Politics 2017 (#WIPKL2017)” dan keseluruhan perwakilan untuk persidangan ini adalah sekitar 1000 orang.

WIPKL 2017 telah selesai melaksanakan persiapan peringkat awalan pada 2 bulan yang lepas iaitu menyediakan konsep kertas, mencari tema yang sesuai dan membawa jurucakap antarabangsa dan kini sedang melaksanakan peringkat persiapan logistik seperti dewan, jemputan dan aturacara perjalanan persidangan ini.

Persidangan ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita UMNO oleh UMNO Malaysia yang memberi tanggungjawab melaksanakan persidangan antarabangsa ini yang membincangkan topik khas “Women in Politics”.

Perbezaan ASEAN sebelum ini dengan WIPKL 2017 ialah kebanyakkan jurucakap yang hadir adalah wakil ahli politik dari negara asia yang lebih bercakap mengenai amalan dan kejayaan serta pencapaian dalam parti politik masing-masing. Kali ini di WIPKL 2017, kesemua wakil parti politik ini dijemput sebagai deligasi atau perwakilan dan duduk sebagai peserta dalam persidangan ini dan bariskan pula meraka yang pakar-pakar untuk dijadikan jurucakap dalam topik-topik yang akan diperbincangkan supaya mereka boleh membawa polisi-polisi berkaitan dengan kempimpinan wanita.

DSCN0446 (Copy)

Menurut Dato’ Nor Azita Abdul Rahman selaku Penolong Bendahari Wanita UMNO, peningkatan dari segi bilangan tidak begitu ketara kerana dari tahun 2015 hingga 2017 belum ada lagi pilihanraya namun kesedaran itu masih ada dan dalam perbincangan kesemua jurucakap bersetuju bahawa jumlah wanita iaitu 10 peratus yang menjadi wakil rakyat masih rendah sedangkan banyak lagi agenda atau perkara-perkara mengenai wanita perlu diketengahkan. Dengan itu, pemimpin-pemimpin wanita sangat berharap penyertaan di dalam piliharaya akan datang sepertimana diperjuangkan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita sebagai wakil rakyat.

Mengikut peredaran zaman, wanita zaman sekarang ramai yang sudah maju kedepan sepertimana dilihat di pusat pengajian ramai pelajar perempuan dan terbukti bahawa wanita telah maju dari segi pendidikan, kemahiran serta kebolehan. Oleh itu, dengan perubahan zaman dan peredaran teknologi, sudah tiba masanya wanita perlu kedepan dan memainkan peranan penting seperti dalam bidang pendidikan untuk membangunkan dan memajukan negara.

DSCN0443 (Copy)

Menurut beliau lagi, harapan kali ini sebagai suara wanita UMNO menjadi sebahagian daripada tulang belakang UMNO Malaysia dan mahu kelihatan bahawa wanita juga penggerak parti serta melalui persidangan ini dapat menyuarakan hasrat dan pandangan wanita kepada kerajaan. Akhir sekali, wanita UMNO berharap saranan dalam persidangan ini akan diangkat oleh kerajaan dan dijadikan sebagai polisi di negara Malaysia.

Ikuti WIPKL2017 di –  INSTAGRAMTWITTERFACEBOOK