#TIPS : AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU, samada rumah sewa yang dah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.

Moga perkongsian ini memberi manfaat.

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam..

Semoga Bermanfaat 
Sumber >> Araaz Imk


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya

Petua Halau LIPAS di Rumah

Rumah anda ada lipas?

Mungkin ada benda yang menarik lipas untuk tinggal bersama anda.
Cuba amalkan petua di bawah untuk halau lipas keluar.
Semoga bermanfaat.
Bagaimana-Nak-Halau-Lipas

1. Lipas suka sampah terutama yang ada sisa makanan. Buang sampah keluar daripada rumah setiap kali keluar rumah atau sebelum masuk tidur. Jika tidak dapat berbuat demikian, ikat atau tutup bekas sampah di dalam rumah kemas-kemas supaya lipas tidak terhidu.

2. Ambil sabun mandi jenis buku yang wangi, potong kecil-kecil dan letakkan di kawasan lipas suka bertandang. Lipas tidak suka bau wangi.

3. Selain sabun boleh gantikan dengan hirisan lemon atau limau nipis. Setelah kering, gantikan dengan yang baru.

4. Selain itu, untuk bau harum semula jadi yang tidak disukai lipas, campurkan hirisan daun pandan dengan serbuk teh. Letakkan di tempat yang ada lipas.

5. Untuk menghalang lipas membiak, ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di kawasan yang ada lipas.

6. Jika rumah anda ada terlalu banyak lipas, boleh halau menggunakan kentang. Ambil beberapa biji kentang, rebus hingga empuk, lenyekkan dan campurkan dengan sedikit serbuk penaik. Bentukkan bulat-bulat seperti ubat gegat dan letakkan di tempat yang banyak lipas.

7. Untuk membunuh lipas, ambil pangkal atau hujung timun dan letakkan di kawasan yang ada lipas.

Selamat mencuba !

Sumber : 101Petua 

#Info : SKIM PEMBIAYAAN FLEKSIBEL (SPEF)

  1. Apakah skim ini secara ringkas?

Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) PR1MA merupakan skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi: 

  • Pembayaran berperingkat bagi 5 tahun pertama dalam tempoh pinjaman
  • Penggunaan caruman Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran ansuran kediaman PR1MA sehingga persaraan atau tamat tempoh pinjaman

Skim ini diwujudkan sebagai pemudahcara kepada pembeli kediaman PR1MA untuk meringankan pembayaran ansuran bulanan pada peringkat awal. Secara keseluruhannya, skim ini memberi peluang kepada pembeli untuk mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi.

  1. Apakah keistimewaan skim ini berbanding pembiayaan sedia ada/konvensional?

Keistimewaan skim ini melayakkan pembeli untuk mendapatkan pembiayaan akhir serta mengurangkan beban kewangan bulanan melalui cara berikut:

  • Pembayaran berperingkat di mana bayaran ansuran bulanan dihadkan kepada jumlah yang lebih rendah untuk 5 tahun yang pertama dan kemudiannya dianjakkan kepada jumlah yang lebih tinggi untuk tahun ke-6 sehingga tamat tempoh pembiayaan; dan
  • Penggunaan caruman bulanan Akaun 2 KWSP bagi pembiayaan untuk sebahagian daripada ansuran bulanan.

 Dengan keistimewaan ini, pembeli boleh merancang kewangan dengan lebih teratur. 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran berperingkat (“stepped-up financing”)?

Pembayaran berperingkat adalah seperti berikut:

  • 5 tahun pertama: Bayaran faedah sahaja
  • Tahun-tahun Seterusnya: Bayaran faedah dan prinsipal

Pembeli boleh memilih untuk memulakan bayaran prinsipal berserta faedah lebih awal daripada tahun ke-5, bergantung kepada kemampuan.

  1. Adakah saya boleh memilih opsyen pembayaran berperingkat, pembiayaan melalui caruman KWSP atau kedua-duanya sekali?

Anda boleh memilih salah satu atau kedua-duanya sekali.

  1. Apakah bank-bank yang menawarkan skim ini?

Panel bank PR1MA seperti berikut: Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

  1. Apakah kadar bayaran bulanan dibawah skim ini?

Sila hubungi panel bank yang berikut:

  • Maybank (03-7844 3696)
  • CIMB (03-6204 7788)
  • RHB (03-9206 8118 / 082-276118)
  • AmBank (03-2178 8888)
  1. Siapakah yang layak memohon skim ini?

Skim ini dikhususkan kepada pembeli yang telah menerima tawaran kediaman PR1MA. 

Syarat kelayakan untuk mendapatkan kediaman PR1MA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 – RM15,000
  • Kediaman yang pertama atau kedua

Syarat kelayakan opsyen pengeluaran Akaun 2 KWSP: 

  • Merupakan pencarum KWSP
  • Tidak pernah membuat pengeluaran KWSP bagi tujuan pembiayaan rumah
  1. Apakah proses permohonan skim ini?

Jika anda telah menerima surat tawaran “Offer to Purchase” pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut: Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

  1. Bilakah saya boleh mula memohon skim ini?

Permohonan telah dibuka. Jika anda telah menerima surat tawaran “Offer to Purchase” pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut: Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

  1. Saya telah disenarai hitamkan didalam CCRIS. Adakah saya masih layak untuk skim ini?

Tidak layak.

  1. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai skim ini?

Sila hubungi (masa waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat):

  • PR1MA (Call Centre: 03-7962 4374, website: www.pr1ma.my)
  • EPF (03-8922 6000)
  • Maybank (03-7844 3696)
  • CIMB (03-6204 7788)
  • RHB (082-276118/ 03-9206 8118) 
  • AmBank (03-2178 8888)

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI 


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter