#Info : 6 Makanan Ini Membuat Anak Jadi Kurang Cerdas. Hati-hati…

Nutrisi adalah penting dalam tumbesaran bayi. Namun, ada makanan yang membuat anak bodoh. Makanan-makanan ini ini memang cukup berbahaya, dan mengganggu tumbesaran kanak.

IvOwUCmYYazZgIF-800x450-noPad
foto : google

Hindari 6 makanan berikut ini yang boleh menyebabkan anak jadi lembab dan kurang cerdas.

1. Makanan manis banyak gula

Bukan rahsia lagi jika gula berlebihan dapat memengaruhi kesihatan anak. Selain obesiti, gula dapat merosak otak anak anda.

Dalam kajian yang dilakukan oleh UCLA, fruktosa berlebihan dapat mempengaruhi kemampuan insulin untuk menggunakan gula dalam memproses fikiran dan perasaan. Ketika anak terlalu banyak makan makanan manis, insulin tidak mampu mengolah gula yang masuk, sehingga mengganggu perasaan.

2. Fast food/Makanan cepat saji

Makanan cepat saji tidak memiliki nilai gizi yang diperlukan tubuh badan. Beberapa makanan cepat saji mengandungi bahan pengawet dan garam berlebihan yang dapat merosakkan tubuh badan, misalnya obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit ginjal, hingga ke serangan jantung.

Anak-anak sedang dalam masa pertumbuhan memerlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangannya. Bila terlalu kerap makan makanan cepat saji, keperluan gizinya tak dipenuhi sehingga otaknya tidak berkembang. Kondisi malah akan semakin parah di masa yang akan datang.

3. Makanan segera

Rasanya enak dan cepat dibuat memang menggoda. Tak hairan mi segera, termasuk makanan yang membuat anak bodoh. Makanan-makanan ini mengandung banyak pengawet agar dapat disimpan untuk waktu yang lama.

Sama seperti junk food, mi segera tidak memiliki manfaat bagi tubuh. Bahan kimia dalam makanan akan meningkatkan gejala demensia (kemunduran fungsi otak) pada anak.

4. Daging olahan

Daging merupakan salah satu sumber protein yang diperlukan tubuh badan. Namun pastikan protein tersebut diperoleh dari daging asli, bukan olahan.

Daging olahan seperti sosej dan naget mengandungi protein buatan, yang dicampur bahan kimia dalam proses pembuatannya. Jika anak sering makan makanan ini, bahan kimia akan berkumpul di dalam tubuh badan. Akibatnya, sistem saraf akan terganggu.

5. Teh dan kopi

Memang jarang sekali orang tua yang memberikan anaknya kopi. Namun, perlulah berhati-hati ya. Kopi dan teh mengandung kafein yang menyebabkan anak insomnia. Dalam masa tumbuh kembangnya, anak memerlukan tidur yang mencukupi.

Kafein juga menghambat otak anak menyerap zat besi yang diperlukan untuk menghantar oksigen ke otak sehingga perkembangan otaknya terganggu.

6. Minuman bergas dan lainnya

Tidak sekadar merosakkan gigi dan menyebabkan obesiti, minuman yang mengandungi gula yang tinggi dapat merosakkan otak anak. Kajian yang dilakukan oleh University Southern of California menemui hubungan antara minuman bergas dan kemampuan fungsi otak.

Minuman bergas yang diminum ketika masih kanak-kanak akan memengaruhi otak dalam mengingati dan memproses informasi ketika dewasa.

Bukan setakat minuman bergas, minuman berperisa buah-buahan juga. Sebabnya, buah yang digunakan bukan buah asli, hanya perisa dengan gula yang sangat banyak.

Faktor yang memengaruhi kecerdasan anak

Ada banyak perkara yang membuat seorang anak cerdas. Tidak sekadar hanya dengan melarang anak makan makanan yang membuat mereka menjadi bodoh, tapi juga perlu memerhatikan dua faktor utama berikut ini.

Faktor keturunan

Faktor tempat anak dibesarkan, termasuk makanan yang dimakan, status ekonomi keluarga, budaya, dan keadaan di sekitarnya.

Namun, ibu bapa juga perlu memahami kecerdasan anak dapat dibentuk sejak kecil. 80% bahagian otak manusia akan terbentuk dan berkembang pada usia tiga tahun pertama hidupnya, sisanya akan berkembang seiring tumbuh membesar.

Jika ibu bapa menginginkan anak yang cerdas, cegah hal-hal yang membatasi perkembangan otaknya terutama di usia emasnya tersebut. Hindari :

– Lingkungan sosial

– Kurangnya stimulasi

– Tidak berinteraksi dengan orang lain

– Tidak memperhatikan kesihatan mental anak

Satu lagi yang paling penting untuk kecerdasan anak adalah kasih sayang. Sokongan dan cinta yang tulus dalam membesarkan anak akan mengembangkan kecerdasannya.


Oleh Cayden September 17, 2017

Sumber | AliffChannel

#INFO : KENAPA CEPAT LETIH DAN LESU?

Rasa cepat penat, lesu dan mengantuk apabila pulang dari bercuti? Mari baca apa puncanya…

Keadaan badan akan bergantung kepada pemakanan dan cara kita menjaganya. Jangan salahkan raya atau cuti panjang, semuanya nafsu makan semata-mata. Untuk kekal sihat dan bertenaga, kuncinya adalah keseimbangan dan kesederhaan dalam pemakanan.

Ada 3 jenis makanan yang membuatkan kita rasa ‘sluggish’ (penat, lesu dan mengantuk). Kalau boleh, kurangkan atau elakkan makanan sebegini untuk memastikan badan kekal sihat dan cergas.

 

  1. SUGARY FOODS (MAKANAN TINGGI GULA)

Pastri seperti kek dan biskut, roti berkrim, kuih muih, nasi berlebihan dan sebagainya akan menyumbang dan menyebabkan tahap gula dalam kandungan darah naik berlipat kali ganda. Ini menyebabkan juga organ pankreas BEKERJA KERAS mengeluarkan insulin untuk meneutralkan kembali kandungan gula yang tinggi. Hasil dari KERJA KERAS tersebut, maka terjadilah tindak balas badan yang akan menyebabkan rasa penat dan mengantuk.

 

  1. FATTY FOODS (MAKANAN BERLEMAK)

Fast food seperti pizza, ayam, burger, fries, sos, aiskrim dan sebagainya akan menyebabkan badan lemah. Lemak yang ada dalam kandungan makanan ini SUKAR dan memerlukan masa yang lama untuk diproses oleh perut. Proses digestion makanan ini akan memakai banyak tenaga dan akan menyebabkan badan cepat lesu.

 

  1. PROCESSED FOODS (MAKANAN DIPROSES/AWET)

Mee segera, nugget, sosej dan makanan dalam tin asasnya dikenali sebagai makanan ‘instant’. Kurang atau tiada langsung manfaat untuk badan. Diperbuat dari refined flour, gula dan sodium yang tinggi. Bayangkan mee segera boleh disimpan berbulan-bulan (expired date), bagaimana jika berada dalam perut? Prosesnya lebih LAMA dari makanan berlemak. Makanan seperti ini akan menyebabkan malnutrition dan penyakit seperti anemia, diarhea serta penambahan berat badan secara pantas. Badan akan rasa lagi berat, lesu, penat dan mengantuk!

 

Untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan badan, pentingnya mengamalkan:

  • Minum air kosong 1 liter setiap 25 kg berat badan. So, 50 kg = 2 liter
  • 1 genggam nasi sehari atau mengikut keperluan tenaga. Jika bekerja berat, boleh ambil lebih. 1 genggam sudah cukup untuk tampung 1 – 7 jam tenaga.
  • Wajib makan ikut waktu untuk mengekalkan kecergasan badan.
  • Tidur 7 – 8 jam sehari
  • Exercise 3 kali seminggu.

Semoga Bermanfaat !

SUMBER : FM WELLNESS


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya

#TIPS : Apa yang perlu disimpan dalam laci “HUMIDITY” peti sejuk ?

Bagaimana laci berfungsi ?

Laci “humidity” boleh dilaras dengan beberapa klik antara rendah dan tinggi. Tetapan ini membuka atau menutup tetingkap dalam laci. Untuk tetapan kelembapan yang rendah, tetingkap dibuka sepenuhnya; untuk tetapan kelembapan yang tinggi, ia ditutup sepenuhnya.

Laci berkelembapan tinggi

Laci ini sepatutnya mengandungi produk yang sensitive kepada kehilangan kelembapan dan produk yang sensitive kepada gas ethylene.

  • Pisang (mentah)
  • Brokoli
  • Kubis
  • Lobak
  • Terung
  • Cauliflower
  • Timun
  • Kacang panjang/buncis
  • Sayuran berdaun
  • Kacang bendi
  • Lada
  • Strawberry
  • Tembikai

Laci berkelembapan rendah

Laci ini sepatutunya mengandungi produk yang kurang sensitive kepada kehilangan kelembapan dan produk yang mengeluarkan gas ethylene.

  • Epal
  • Avocado
  • Pisang (masak)
  • Honeydew
  • Kiwi
  • Betik
  • Pear
  • Aprikot, peach, nectarine, plum

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya