#INFO : BERAPA KALI JANTUNG KITA BERDENYUT SEMINIT, SEJAM DAN SEHARI?

TAHUKAH ANDA BERAPA KALI JANTUNG KITA BERDENYUT SEMINIT, SEJAM DAN SEHARI?

• Jantung manusia bentuknya seperti buah pear dalam ukuran genggaman tangan, beratnya antara 225 gram hingga 340 gram

• Ia berdenyut lebih kurang 70 kali dalam 1 minit, bermakna dalam 1 jam ia akan berdenyut 4,200 kali, dlam 1 hari 100,800 kali dan dalam 1 tahun akan berdenyut 36,792,000 kali

• Jika umur manusia 60 tahun bermakna jantung yang ” Ajaib ” ini akan berdenyut 20,207,000,00 kali tanpa berhenti.

• Jantung manusia akan megepam 22,00 gelen darah setiap hari, bermakna ia akan mengepam 8,030,000 gelen dalan setahun, dan 481,800,000 gelen dalam pertengahan umur 60 tahun iaitu menyamai 345,000 tan.


Hargailah hadiah yang amat benilai ini. Ia tiada tukar ganti. Tidak boleh dibeli di mana-mana.

Terhentinya degupan jantung maka terhentilah satu kehidupan di dunia ini.

Jangan lupa SHARE supaya kita boleh berkongsi ilmu dan mendapat manafaat bersama!

#CorNadiECP
#ECPJantungSihat

Sumber : Dr. Azima


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter 

#WanitaMaya

#Info : Serangan Jantung!

Tahukah anda lebih 7,000,000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat serangan jantung setiap tahun?

Semasa serangan jantung, otot pada jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Ini disebabkan oleh kehadiran plak pada koroneri arteri – saluran yang membekalkan darah beroksigen ke jantung – yang bertambah dan menyebabkannya tersumbat.

Antara tanda-tanda serangan jantung adalah:

  1. Sakit bahagian dada yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen pada otot jantung. Ia akan merebak ke lengan kiri, rahang, bahagian belakang atau abdomen.
  2. Pening dan loya.
  3. Sesak nafas.
  4. Lemah atau letih badan.

Sekiranya anda nampak seseorang yang menunjukkan symptom di atas, hubungi 999 dengan segera.

Faktor genetic dan gaya hidup boleh mempengaruhi risiko serangan jantung. Cara-cara mengurangkan risiko serangan jantung:

  1. Bersenam : Melakukan kardio dan strength training beberapa kali seminggu
  2. Pemakanan sihat : Elakkan pengambilan gula dan makanan yang mengandungi lemak tepu. Lebihkan makanan seperti sayur berserat tinggi, protein dari iakn dan ayam, whole grain dan kekacang seperti badam dan walnut.
  3. Kurangkan berat badan.
  4. Ubat preskripsi : Pengambilan ubat-ubat preskripsi oleh doktor terutamanya mereka yang pernah melalui serangan jantung atau yang berisiko tinggi.
  5. Tidur yang cukup.
  6. Membuang tabiat merokok.
Lihat Video :

Sumber :  TED-Ed youtube channel


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter