Saya nak tanya adakah huruf “T” dalam CAT ini bermaksud “Tipu” atau “Temberang?” – @ NajibRazak

Jika nak tipu orang yang tidak faham semata-mata untuk memuji diri sendiri, bolehlah tapi kalau nak tipu orang yang faham ataupun ada pengalaman dan pengetahuan, janganlah nak cuba.

Semalam, menteri kewangan telah mengeluarkan kenyataan memuji dirinya dan untuk memburukkan BN bahawa situasi kewangan bagi tempoh 4 bulan dari Mei sehingga Ogos di bawah kerajaannya adalah lebih baik dari untuk tempoh Januari hingga April di bawah kerajaan BN.

Beliau mendakwa hasil negara lebih tinggi manakala perbelanjaan lebih rendah berbanding empat bulan pertama tahun ini.

Oleh itu, dia kata ini bukti dia lebih pandai kerana mereka mengamalkan prinsip C.A.T.

Saya nak tanya adakah huruf “T” dalam CAT ini bermaksud “Tipu” atau “Temberang?”

Jika nak tipu orang yang tidak faham semata-mata untuk memuji diri sendiri, bolehlah tapi kalau nak tipu orang yang faham ataupun ada pengalaman dan pengetahuan, janganlah nak cuba.

Sebenarnya, corak hasil dan perbelanjaan kerajaan pusat tidak seragam sepanjang tahun dan adanya faktor “seasonal” atau “bermusim” disebabkan banyak faktor.

SETIAP tahun, hasil untuk bulan-bulan Mei hingga Ogos adalah lebih tinggi daripada Januari hingga April kerana cukai LHDN akan dikutip selepas bulan April manakala dividen interim Petronas juga akan diterima pada pertengahan tahun.

Selain dari hasil petroleum yang lebih tinggi dari bulan Mei hingga Ogos berbanding awal tahun ini, saya juga difahamkan bahawa Petronas dipaksa untuk menaikkan dividen mereka sebanyak 50% untuk tahun ini manakala Khazanah juga diminta berbuat demikian.

Perbelanjaan bagi empat bulan pertama SETIAP tahun juga lebih tinggi kerana keperluan awal tahun untuk membayar bonus kakitangan kerajaan untuk tahun selepas, membayar baucer buku, bantuan sekolah, bantuan-bantuan tahunan lain serta pembayaran untuk peruntukan dan program agensi-agensi kerajaan.

Seperti gambarajah yang saya paparkan, corak hasil dan perbelanjaan ini tidak berubah untuk setiap tahun. Apa yang nak dihairakan jika corak ini berulang untuk tahun 2018? Mengapa mahu dipuji kerana corak ini berulang?

Saya juga diberitahu bahawa kerajaan PH juga telah memberhentikan banyak projek mesra rakyat, menghentikan atau melambatkan bayaran bagi bayaran balik input GST dan bayaran balik LHDN, yang diterima untuk bulan Mac sehingga Ogos serta bayaran untuk kontraktor dan pembekal.

Jika tidak membayar, sudah tentu perbelanjaan untuk bulan-bulan di bawah kerajaan PH lebih rendah. Beranikah kerajaan PH memberi butiran terperinci bayaran bulanan untuk empat-empat perkara ini?

Guan Eng masih tegas bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan wang RM450 juta untuk dia membayar gaji berjumlah RM8 bilion setiap bulan. Tahap “ketokongan” apa ini, RM450 juta boleh membayar RM8 bilion? Silap mata?

Saya telah menerangkan bahawa hasil-hasil masih dikutip berterusan setiap bulan.

Selain dari itu, sebenarnya jumlah Akaun Hasil Disatukan juga termasuk wang tunai yang diletak dalam bentuk simpanan tetap jangka pendek (short-term FD) dengan BNM. Wang ini boleh dikeluarkan serta-merta untuk kegunaan kerajaan pada bila-bila masa. Jumlah wang tunai ini naik dari RM7 bilion pada akhir bulan Disember 2017 kepada RM10 bilion pada akhir bulan April 2018 – bermakna wang tunai untuk akhir bulan April 2018 bukan hanya RM450 juta sahaja.

Kita bernasib baik kerana data-data ini masih dilaporkan oleh BNM dalam laman rasmi mereka. Jika tidak, kita semua juga ditipu lagi.

Selain dari kelihatan seolah-olah jujur dalam menghormati Azan, sebagai menteri kewangan kita patut benar-benar jujur dan tidak tiba-tiba membuat kenyataan untuk menipu rakyat semata-mata untuk memuji diri sendiri.

Sumber FACEBOOK : NajibRazak

Hanya 30% Pekerja Asing Untuk Projek ECRL – MRL

1. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik kepada projek rail Pantai Timur (ECRL), berkata hanya 30% daripada jumlah pekerja yang terlibat di dalam projek bernilai 60 billion ini adalah pekerja asing dari China dan beberapa negara Asean. Ianya berikutan kerisauan yang mengatakan bahawa projek ini sepenuhnya akan dikendalikan oleh rakyat China. Baki 70% adalah rakyat tempatan.

2. MRL mengulas mengenai laporan pada hari Selasa yang memetik dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, pemaju ECRL telah memohon kepada Putrajaya untuk mengambil pekerja warga China untuk projek itu kerana ‘kebolehcapaian bahasa’

3. Dalam kenyataannya, MRL berkata pada masa ini, mereka mengambil sejumlah 1,718 pekerja pembinaan, dan hanya 311 pekerja atau 18% adalah dari China.

4. Kontraktor utama iaitu China Communication Construction Co Ltd (CCC) telah melabur RM23 Juta untuk mengadakan latihan yang dinamakan sebagai, East Coast Rail Line Industrial Skills Training Programme (PLKI-ECRL) sebagai sebahagian daripada program bertanggungjawab sosial korporat.

5. PLKI-ECRL adalah usahasama antara MRL, CCC dan Universiti Malaysia Pahang untuk melatih rakyat Malaysia dan seterusnya akan diserap bekerja untuk projek ECRL.

6. Program itu telah bermula pada September 2017, telah menyaksikan 185 pelatih menyelesaikan latihan mereka pada bulan Januari dan Februari dan telah memegang pelbagai jawatan di MRL dan CCCC. Sejumlah 244 pelatih buat masa kini sedang menjalani program latihan ini dan mereka akan melengkapkan latihan menjelang akhir bulan April.

7. MRL menjangkakan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan semasa tempoh pembinaan ECRL.

8. MRL juga berkata kontraktor utama ECRL komited untuk terus memberi keutamaan kepada penggunaan bahan binaan yang dibekalkan oleh syarikat tempatan

9. Walau bagaimanapun, mesin khas dan peralatan seperti Tunnel Boring Machine (TBM) perlu dibawa dari China dan perlu dikendalikan oleh para pakar dari negara tersebut untuk pembinaan terowong di lokasi tertentu. Program PLKI-ECRL akan menawarkan latihan kepada pekerja tempatan untuk mengendalikan jentera yang dibawa dari China.

*Sumber:* http://www.theedgemarkets.com/article/only-30-ercl-workers-will-be-foreigners-says-project-owner

#Malaysia No. 1 Asia dan ke-5 dunia sebagai lokasi bersara paling ideal 2018.

NAMA Malaysia bergema apabila diumum kelima tempat terbaik di dunia untuk bersara, menurut International Living, sebuah badan yang bantu individu cari tempat bersara dan peluang berhijrah.

Dalam Indeks Tahunan Bersara Sedunia bagi tahun 2018 diterbitkan pada 1 Januari lalu, Malaysia meraih 87.7 mata, hanya empat mata di belakang Costa Rica, sebuah negara di Amerika Tengah yang mendapat tempat pertama.

Indeks global tersebut menyenaraikan 24 buah negara persaraan terbaik dunia berdasarkan kepada 12 ukur tara seperti kos sara hidup, khidmat jagaan kesihatan, kemudahan hiburan, suasana cuaca dan aspek pemerintahan.

Malaysia negara Asia tunggal yang menduduki 10 tempat tertinggi senarai tersebut. Tempat kedua ialah Mexico, diikuti Panama dan Ecuador manakala selepas Malaysia ialah Colombia, Portugal, Nicaragua, Sepanyol dan Peru.

Koresponden Malaysia bagi International Living, Keith Hockton, menyifatkan negara tersebut “mudah untuk pesara menyesuaikan diri, boleh berbahasa Inggeris dan sebuah negara membangun yang bertaraf Dunia Pertama”.

Beliau turut mengatakan bahawa pasangan pesara dari negara maju mampu hidup selesa dengan hanya AS$1,500 (RM5,995) sebulan, atau hidup mewah dengan AS$2,500 (RM9,992) sebulan termasuk sewa rumah.

Malaysia juga mendapat mata paling tinggi bagi kategori hiburan dan kemudahan makanan disebabkan reputasinya sebagai syurga makanan terkenal di mana makanan tempatan berharga serendah AS$1.50 (RM6).

Dari segi khidmat penjagaan kesihatan pula, Hockton membuat perbandingan antara kos pembedahan lutut yang berharga cuma AS$4,000 (RM15,987) di Malaysia dengan AS$45,000 (RM179,856) di Amerika Syarikat (AS).

#Negaraku