Kerajaan hari ini yang bersifat antagonistik !

RM900 sebulan, wahai Menteri-menteri PH.

Selesa dengan kerusi empuk di Putrajaya dan gembira terbang bersama pegawai ke hulu ke hilir atas perbelanjaan rakyat?

Kita mahu Kerajaan dengar, faham dan merasai denyut nadi rakyat, seperti golongan pekebun kecil.

Namun, apa nasib mereka kini?

Rakyat semakin hari semakin tertekan.

Sejak PRU tempoh hari, harga komoditi jatuh mendadak. Misalnya harga sawit, hari ini pekebun kecil ada yang hanya mendapat serendah RM300-RM400 setiap tan.

Dahulu, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha membantu para pekebun kecil.

Misalnya dalam kunjungan ke luar negara, saya telah meyakinkan negara besar dan rakan pelaburan kita seperti China dan India untuk terus membeli minyak sawit daripada Malaysia.

Malah di dalam Bajet tahunan, kita umumkan juga bantuan khusus buat golongan pekebun kecil dan peneroka supaya dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat perubahan harga komoditi.

Saya bimbang dengan trend Kerajaan hari ini yang bersifat antagonistik terhadap rakan-rakan pelaburan kita yang secara tidak langsung mengganggu-gugat kebajikan pekebun kecil.

Saya bimbang dengan Menteri Kewangan Terbaik Dunia yang telah mula mencari alasan dan mengeluarkan hint meminta rakyat berkorban kononnya Kerajaan tak ada wang, bahawa banyak bantuan akan dipotong.

Apa nasib pekebun kecil nanti?

sumber : NajibRazak

Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir

Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir

img_8575

 

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.

• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.

• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.

• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.

• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.

• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN

• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.

• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

SEMASA BANJIR  – DI DALAM KENDERAAN

• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH

• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.

• Bersedia dengan peralatan kecemasan.

• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH

• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.

• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.

• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

• Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).

• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.

• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR – SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

• Pakai kasut.

• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.

• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR – PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.

• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).

• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.

• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.

• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

#FAKTA YANG PERLU KITA TAHU MENGENAI SISTEM TAHFIZ DI MALAYSIA

Hari ini menyampaikan Cek-cek Sumbangan Kerajaan Pusat kepada 34 Maahad Tahfiz yang berdaftar bagi Negeri Kelantan di Tok Aman Bali Resort yang jumlah peruntukan sebanyak RM 1,764.360.00 sebahagian daripada RM 30 juta Peruntukan yang diumumkan oleh YAB PM Dato’ Sri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2017.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Aliran Tahfiz Negara kita sekarang ini mempunyai 3 Aliran utama.

1. Aliran Tahfiz Kebangsaan

2. Aliran Tahfiz Negeri

3. Alliran Tahfiz Swasta


1.ALIRAN TAHFIZ KEBANGSAAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN MARA

Bagi Aliran Tahfiz Kebangsaan ia menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Modul Ulul Albab di SMKA. Yang mana sekarang ini 31 Buah sekolah sedang menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan 15 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( SMKA) menggunakan kurikulum Tahfiz Modul Ulul Albab. Di samping itu MARA turut mempunyai 4 MRSM ULUL ALBAB yang mempunyai pengajian tahfiz, sementara 5 lagi sedang dibina.

Di peringkat lebih tinggi kerajaan telah melahirkan 6472 Huffaz melalui Darul Quran JAKIM yang sebahagian daripadanya adalah profesional seperti doktor, jurutera, akauntan melalui kerjasama dengan beberapa universiti tempatan.

2. ALIRAN TAHFIZ NEGERI

Manakala Tahfiz yang dibawah Seliaan Negeri khususnya Majlis-majlis Agama Islam Negeri yang berdaftar sebanyak 21 buah Sekolah yang melibatkan 4506 pelajar. Sekolah Tahfiz yang ada ini ada yang menggunakan kurikulum sendiri dan ada yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Peringkat Diploma, Darul Quran, Jakim menawarkan program Diploma Tahfiz Al-Quran.

Pada masa ini terdapat 14 buah Maahad Tahfiz Negeri telah bekerjasama dengan Darul Quran, JAKIM dengan menggunapakai sistem peperiksaan yang sama

3. ALIRAN TAHFIZ SWASTA

Bagi Aliran Tahfiz Swasta yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri sekarang sebanyak 612 buah yang mana mereka menggunakan Kurikulum sendiri dalam pengajian tahfiz Al-Quran. Dianggarkan lebih 1000 institusi tahfiz persendirian yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan MAINs dan JAINs.


Sumber : Dr Asyraf Wajdi Dusuki