#Info : 6 Makanan Ini Membuat Anak Jadi Kurang Cerdas. Hati-hati…

Nutrisi adalah penting dalam tumbesaran bayi. Namun, ada makanan yang membuat anak bodoh. Makanan-makanan ini ini memang cukup berbahaya, dan mengganggu tumbesaran kanak.

IvOwUCmYYazZgIF-800x450-noPad
foto : google

Hindari 6 makanan berikut ini yang boleh menyebabkan anak jadi lembab dan kurang cerdas.

1. Makanan manis banyak gula

Bukan rahsia lagi jika gula berlebihan dapat memengaruhi kesihatan anak. Selain obesiti, gula dapat merosak otak anak anda.

Dalam kajian yang dilakukan oleh UCLA, fruktosa berlebihan dapat mempengaruhi kemampuan insulin untuk menggunakan gula dalam memproses fikiran dan perasaan. Ketika anak terlalu banyak makan makanan manis, insulin tidak mampu mengolah gula yang masuk, sehingga mengganggu perasaan.

2. Fast food/Makanan cepat saji

Makanan cepat saji tidak memiliki nilai gizi yang diperlukan tubuh badan. Beberapa makanan cepat saji mengandungi bahan pengawet dan garam berlebihan yang dapat merosakkan tubuh badan, misalnya obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit ginjal, hingga ke serangan jantung.

Anak-anak sedang dalam masa pertumbuhan memerlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangannya. Bila terlalu kerap makan makanan cepat saji, keperluan gizinya tak dipenuhi sehingga otaknya tidak berkembang. Kondisi malah akan semakin parah di masa yang akan datang.

3. Makanan segera

Rasanya enak dan cepat dibuat memang menggoda. Tak hairan mi segera, termasuk makanan yang membuat anak bodoh. Makanan-makanan ini mengandung banyak pengawet agar dapat disimpan untuk waktu yang lama.

Sama seperti junk food, mi segera tidak memiliki manfaat bagi tubuh. Bahan kimia dalam makanan akan meningkatkan gejala demensia (kemunduran fungsi otak) pada anak.

4. Daging olahan

Daging merupakan salah satu sumber protein yang diperlukan tubuh badan. Namun pastikan protein tersebut diperoleh dari daging asli, bukan olahan.

Daging olahan seperti sosej dan naget mengandungi protein buatan, yang dicampur bahan kimia dalam proses pembuatannya. Jika anak sering makan makanan ini, bahan kimia akan berkumpul di dalam tubuh badan. Akibatnya, sistem saraf akan terganggu.

5. Teh dan kopi

Memang jarang sekali orang tua yang memberikan anaknya kopi. Namun, perlulah berhati-hati ya. Kopi dan teh mengandung kafein yang menyebabkan anak insomnia. Dalam masa tumbuh kembangnya, anak memerlukan tidur yang mencukupi.

Kafein juga menghambat otak anak menyerap zat besi yang diperlukan untuk menghantar oksigen ke otak sehingga perkembangan otaknya terganggu.

6. Minuman bergas dan lainnya

Tidak sekadar merosakkan gigi dan menyebabkan obesiti, minuman yang mengandungi gula yang tinggi dapat merosakkan otak anak. Kajian yang dilakukan oleh University Southern of California menemui hubungan antara minuman bergas dan kemampuan fungsi otak.

Minuman bergas yang diminum ketika masih kanak-kanak akan memengaruhi otak dalam mengingati dan memproses informasi ketika dewasa.

Bukan setakat minuman bergas, minuman berperisa buah-buahan juga. Sebabnya, buah yang digunakan bukan buah asli, hanya perisa dengan gula yang sangat banyak.

Faktor yang memengaruhi kecerdasan anak

Ada banyak perkara yang membuat seorang anak cerdas. Tidak sekadar hanya dengan melarang anak makan makanan yang membuat mereka menjadi bodoh, tapi juga perlu memerhatikan dua faktor utama berikut ini.

Faktor keturunan

Faktor tempat anak dibesarkan, termasuk makanan yang dimakan, status ekonomi keluarga, budaya, dan keadaan di sekitarnya.

Namun, ibu bapa juga perlu memahami kecerdasan anak dapat dibentuk sejak kecil. 80% bahagian otak manusia akan terbentuk dan berkembang pada usia tiga tahun pertama hidupnya, sisanya akan berkembang seiring tumbuh membesar.

Jika ibu bapa menginginkan anak yang cerdas, cegah hal-hal yang membatasi perkembangan otaknya terutama di usia emasnya tersebut. Hindari :

– Lingkungan sosial

– Kurangnya stimulasi

– Tidak berinteraksi dengan orang lain

– Tidak memperhatikan kesihatan mental anak

Satu lagi yang paling penting untuk kecerdasan anak adalah kasih sayang. Sokongan dan cinta yang tulus dalam membesarkan anak akan mengembangkan kecerdasannya.


Oleh Cayden September 17, 2017

Sumber | AliffChannel

#INFO : SISA ASAP ROKOK TETAP MERBAHAYA !

Jangan anggap bayi atau anak anda selamat apabila anda merokok di luar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan sebagainya walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.

Yang membimbangkan, kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih merbahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!

5 KESAN ASAP ROKOK KEPADA BAYI & ANAK KECIL

Di Malaysia, bilangan perokok masih meningkat walaupun telah bermacam-macam kempen dijalankan. Sumber menyatakan bahawa pada tahun 2013 peratusan perokok meningkat kepada hampir 25% dan ia adalah angka tertinggi sejak Tinjauan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006.

Berikut adalah antara risiko yang dihidapi oleh bayi yang terdedah kepada asap rokok, walaupun bukan secara ‘direct’.

1. POTENSI KEMATIAN MENGEJUT

Seperti yang dilaporkan oleh The Health Consequence of Tobacco Use, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.

Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.

2. MASALAH SALURAN PERNAFASAN

Bentuk peparu kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan amat penting untuk dijaga demi mengelakkan masalah jangka masa panjang.

Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, “Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50.

“Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa,”

Jelasnya lagi, hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paruadalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.

3. SERANGAN LELAH

Selain faktor genetik dan persekitaran, bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk penyakit lelah, pendedahan kepada asap rokok yang berterusan sebenarnya boleh menyebabkan serangan lelah yang amat serius.

Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%

4. MENJEJASKAN PERKEMBANGAN IQ ANAK

Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan asap rokok ‘basi’ ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Ia dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding anak kecil yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.

5. PENYAKIT LAIN YANG SERIUS

Selain daripada masalah di atas, banyak lagi penyakit lain yang boleh dihidapi akibat kesan asap rokok.

Antaranya termasuklah jangkitan telinga dan saluran pernafasan, seperti telinga bernanah dan inflamasi pada telinga tengah.

Selain itu, mereka boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana kanak-kanak mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

BETULKAN MENTALITI, AMBIL PEDULI!

Kata Dr Mohd Shaiful Ehsan melalui artikelnya di Malaysian Medical Gazette, “Percaya atau tidak, kita semua adalah perokok…’Perokok ketiga’. Justeru, sila ambil peduli. Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri. Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama. Manakala perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua. Sedar atau tidak, hampir semua penghuni dunia kini adalah perokok ketiga.”


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter  #WanitaMaya