Perempuan…

Subhanallah untuk para IBU

Saat Kecil

dia membuka pintu Syurga untuk ayahnya..

Saat dewasa

dia menyempurnakan agama untuk suaminya

Saat menjadi ibu,

Dia menjadi penggerak semua doa

oleh kerana itu

dia dimuliakan Allah dengan menempatkan syurga di telapak kakinya

ketika seorang perempuan sudah menjadi IBU,

maka ALLAH akan menganugerahkan kepadanya satu senjata yang sangat ampuh di muka bumi ..

“Tahukah anda apa itu?”

Itu adalah Lisannya..

Lisannya akan menjadi Berat timbangannya..

Lisannya akan menjadi pembuka pintu-pintu langit..

Ucapannya akan diijabah..

doanya akan diangkat tanpa penghalang..

doa ibu akan mampu menjadi penghancur kesulitan bagi anak keturunannya..

Dan mengeluhnya seorang ibu akan menjadi pemberat langkah setiap anggota keluarganya, termasuk bagi suaminya..

Maka pantang bagi seorang ibu untuk mengeluh,

kerana keluhannya pun akan menjadi kenyataan,

sebagaimana harapan dan doanya pun akan menjadi kenyataan..

ucapan buruknya akan menjadi musibah bagi dirinya dan keluarganya

Lisan seorang ibu layaknya seperti Karomah para wali..

Maka berhati-hatilah

wahai para ibu

ketika anda menggunakan

senjata terampuh ini..

gunakan untuk bermunajat meminta kepada ALLAH agar suamimu dimudahkan dalam mencari nafkah..

Jangan mengeluhkan tentang dirinya.

Itu akan semakin memberatkan dan menyukarkan kehidupan anakmu..

Gunakan untuk bermunajat meminta kemudahan dan Kesolehan  atas   anak-anakmu

jangan mengeluhkannya.

Kerana itu akan menjadi benar adanya..

Subhanallah

untuk para IBU

Saya nak tanya adakah huruf “T” dalam CAT ini bermaksud “Tipu” atau “Temberang?” – @ NajibRazak

Jika nak tipu orang yang tidak faham semata-mata untuk memuji diri sendiri, bolehlah tapi kalau nak tipu orang yang faham ataupun ada pengalaman dan pengetahuan, janganlah nak cuba.

Semalam, menteri kewangan telah mengeluarkan kenyataan memuji dirinya dan untuk memburukkan BN bahawa situasi kewangan bagi tempoh 4 bulan dari Mei sehingga Ogos di bawah kerajaannya adalah lebih baik dari untuk tempoh Januari hingga April di bawah kerajaan BN.

Beliau mendakwa hasil negara lebih tinggi manakala perbelanjaan lebih rendah berbanding empat bulan pertama tahun ini.

Oleh itu, dia kata ini bukti dia lebih pandai kerana mereka mengamalkan prinsip C.A.T.

Saya nak tanya adakah huruf “T” dalam CAT ini bermaksud “Tipu” atau “Temberang?”

Jika nak tipu orang yang tidak faham semata-mata untuk memuji diri sendiri, bolehlah tapi kalau nak tipu orang yang faham ataupun ada pengalaman dan pengetahuan, janganlah nak cuba.

Sebenarnya, corak hasil dan perbelanjaan kerajaan pusat tidak seragam sepanjang tahun dan adanya faktor “seasonal” atau “bermusim” disebabkan banyak faktor.

SETIAP tahun, hasil untuk bulan-bulan Mei hingga Ogos adalah lebih tinggi daripada Januari hingga April kerana cukai LHDN akan dikutip selepas bulan April manakala dividen interim Petronas juga akan diterima pada pertengahan tahun.

Selain dari hasil petroleum yang lebih tinggi dari bulan Mei hingga Ogos berbanding awal tahun ini, saya juga difahamkan bahawa Petronas dipaksa untuk menaikkan dividen mereka sebanyak 50% untuk tahun ini manakala Khazanah juga diminta berbuat demikian.

Perbelanjaan bagi empat bulan pertama SETIAP tahun juga lebih tinggi kerana keperluan awal tahun untuk membayar bonus kakitangan kerajaan untuk tahun selepas, membayar baucer buku, bantuan sekolah, bantuan-bantuan tahunan lain serta pembayaran untuk peruntukan dan program agensi-agensi kerajaan.

Seperti gambarajah yang saya paparkan, corak hasil dan perbelanjaan ini tidak berubah untuk setiap tahun. Apa yang nak dihairakan jika corak ini berulang untuk tahun 2018? Mengapa mahu dipuji kerana corak ini berulang?

Saya juga diberitahu bahawa kerajaan PH juga telah memberhentikan banyak projek mesra rakyat, menghentikan atau melambatkan bayaran bagi bayaran balik input GST dan bayaran balik LHDN, yang diterima untuk bulan Mac sehingga Ogos serta bayaran untuk kontraktor dan pembekal.

Jika tidak membayar, sudah tentu perbelanjaan untuk bulan-bulan di bawah kerajaan PH lebih rendah. Beranikah kerajaan PH memberi butiran terperinci bayaran bulanan untuk empat-empat perkara ini?

Guan Eng masih tegas bahawa kerajaan BN hanya meninggalkan wang RM450 juta untuk dia membayar gaji berjumlah RM8 bilion setiap bulan. Tahap “ketokongan” apa ini, RM450 juta boleh membayar RM8 bilion? Silap mata?

Saya telah menerangkan bahawa hasil-hasil masih dikutip berterusan setiap bulan.

Selain dari itu, sebenarnya jumlah Akaun Hasil Disatukan juga termasuk wang tunai yang diletak dalam bentuk simpanan tetap jangka pendek (short-term FD) dengan BNM. Wang ini boleh dikeluarkan serta-merta untuk kegunaan kerajaan pada bila-bila masa. Jumlah wang tunai ini naik dari RM7 bilion pada akhir bulan Disember 2017 kepada RM10 bilion pada akhir bulan April 2018 – bermakna wang tunai untuk akhir bulan April 2018 bukan hanya RM450 juta sahaja.

Kita bernasib baik kerana data-data ini masih dilaporkan oleh BNM dalam laman rasmi mereka. Jika tidak, kita semua juga ditipu lagi.

Selain dari kelihatan seolah-olah jujur dalam menghormati Azan, sebagai menteri kewangan kita patut benar-benar jujur dan tidak tiba-tiba membuat kenyataan untuk menipu rakyat semata-mata untuk memuji diri sendiri.

Sumber FACEBOOK : NajibRazak

“ARE YOU AN IDIOT?”

“ARE YOU AN IDIOT?”

Seorang lelaki Singapura pelik melihat rakyat Malaysia nak tumbangkan Najib …

Orang Malaysia yang sering menghina negaranya sendiri dan suka membandingkan negaranya dengan Singapura.

Saya mahu bertanya …

“Are you an idiot?”

Singapore bukanlah a ‘welfare state’ !!

Sedangkan di zaman Najib dengan GST collection, sampai ke Nelayan dapat bantuan.

Mungkin kalian akan mengatakan, itu salah mereka kerana mereka malas.

“Are you an idiot?”

Semua negara yang mengamalkan demokrasi pasti ada rakyat yang akan ketinggalan.

Tahukah anda bahawa di Singapura juga kami mempunyai warga tua yang berumur 70-80 tahun yang masih bekerja mengumpul ‘cardboard’, ‘canned drinks’, ‘old newspaper’ hanya untuk menyara hidup mereka?

Malay, chinese or indian and eurasian, ada di kalangan mereka juga tidak mempunyai rumah.

Tahukah anda bahawa kami juga banyak kali ditipu oleh kerajaan kami sendiri?

Kami dijanjikan yang kami akan mendapat wang simpanan CPF (seperti EPF/KWSP) apabila kami berusia 55 tahun. Tetapi mereka ubah undang-undang dan menetapkan umur 63 tahun baru dapat wang kami semula. Yang terkini had umur ditukar lagi, naik kepada umur 65 tahun.

“Kenapa mereka naikkan had umur?”

Kerana kerajaan Singapura mengguna wang CPF kami untuk melabur, dijaga oleh Temasek Holding (seperti Khazanah Holdings jika di Malaysia) mereka kerugian hampir mencecah SGD$ 55 billion pada waktu itu.

Kenapa rugi? Kerana di zaman Najib ketika ekonomi Malaysia meningkat, ekonomi Singapura pula menurun.

Ramai pelabur memilih Malaysia berbanding Singapura.

Tahukah anda, ketika di zaman Najib, faedah EPF kalian adalah 8% dan selepas itu sedikit menurun ke 5% (kalau tak silap saya, betulkan jika salah) setiap tahun?

Kami di Singapura, kadar faedah CPF setiap tahun hanya 2.4%. Kadar faedah ini sudah 20 tahun tidak pernah berubah.

“Banyak bukan?”

Jika anda menggunakan wang CPF anda sendiri untuk membiayai kos membeli rumah, anda akan dicaj dengan kadar faedah tertentu hanya kerana menggunakan wang anda sendiri.

“Masuk akal tak?”

“Are you an idiot?”

Singapore kaya dan moden. Ya mungkin itu betul. Rakyatnya membangunkan Singapura tetapi siapa yang kaya sekarang?

“Kerajaan atau rakyatnya?”

Sedangkan di Malaysia, kalian ada pelbagai polisi untuk membantu rakyat untuk terus maju.

“Are you an idiot?”

“Najib tidak bagus?”

Aku tidak pernah nampak kerajaan Singapura bersikap rendah diri dengan kerajaan Malaysia sehinggalah tiba waktu pentadbiran Najib.

Najib sangat bijak membuat rundingan usahasama dengan Singapura. Sedangkan yang lain datang ke sini sering diberi perjanjian yang tidak menguntungkan Malaysia atau tidak berpihak kepada Malaysia.

Mungkin tidak pandai membuat rundingan contohnya seperti Perjanjian Air Malaysia-Singapura.

“Are you an idiot?”

Kami mempunyai 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di sini. Mengapa kurang daripada 0.5% sahaja yang mahu tinggal di sini dan menjadi rakyat Singapura?

Kalau Singapura itu betul-betul bagus, mengapa mereka tidak mahu menukar kerakyatan?

“Are you an idiot?”

Tahukah anda, ramai orang Singapura mengumpul duit untuk berpindah keluar negara?

Berpindah ke US, Canada, Australia, New Zealand, Malaysia, Fiji dan lain-lain.

Jika Singapura bagus, kenapa kami mahu keluar?

The truth is, Singapore is a bubble and the government will ensure the bubble wont burst.

For any really bad news about Singapore, kalian tidak akan mendengarnya. Apa yang akan keluar tentang political activist seperti saya adalah character assasination.

Tahukah anda juga, kerajaan Singapura harus mengambil 200,000 rakyat baru dari China dan India untuk cover the lost of People due to migration setiap tahun?

Yes. Ramai dah tinggalkan Singapura.

“Are you an idiot?”

Sebenarnya, apa motif kalian menghina negara kalian sendiri?

Adakah mahu dilihat lebih cerdik dari bangsa asing atau dari rakyat Malaysia yang lain?

Tidak, kami hanya melihat kalian dan merasa, wow !!

“Pengkhianat kepada negara, when you insult your own country, no matter you Malay, Chinese or Indian.”

Do you think we think that you are smarter or different from the rest?

No !! We look at you and think da f**k? What a traitor !!

Do you still want to be an idiot?

ITS YOUR CHOICE !!

#PemantauMalaysiaBaru

#MelayuBangkit