DARI HATI KE HATI – NAJIB

Capture

Datuk Seri Najib Razak dalam laman twitternya peribadinya memberitahu “Dari Hati Ke Hati” bahawa beliau amat menyayangi setiap rakyat Malaysia dan sentiasa memikirkan tentang nasib dan masa depan mereka.

Beliau yang turut memuat turun satu video berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah pun sedaya upaya untuk membantu seluruh rakyat Malaysia dan sentiasa mahukan kualiti hidup rakyat dipertingkatkan samaada dari bayi hinggalah ke peringkat golongan dewasa.

“Sejak dilahirkan, saya ingin setiap rakyat Malaysia dijaga oleh kemudahan kesihatan terbaik dan termurah di dunia.”

Antara perkara yang diambil kira sepanjang pemerintahan beliau adalah :

1) Memastikan rakyat Malaysia yang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan bertaraf antarabangsa agar mengubah nasib keluarga mereka. Sekiranya tidak mampu, kerajaan akan membantu mereka mendapatkan pendidikan yang baik.
2) Memastikan setiap individu mendapatkan pekerjaan dengan perlaksanaan projek peransang ekonomi dan infra rakyat.
3) Mempertingkatkan pendapatan melalui pendidikan profesional yang dibiayai kerajaan.
4) Memastikan rakyat Malaysia memiliki rumah dan berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik supaya rakyat Malaysia dapat membina keluarga yang bahagia.
5) Memastikan para peniaga mempunyai modal dan latihan agar perusahaan mereka berjaya.
6) Mereka yang ingin mengerjakan ibadat di masjid dalam dilakukan dalam masjid yang indah serta mampu dari segi kewangan untuk menunaikan fadhu haji.

“Saya sedar diri saya memang ada kelemahan seperti manusia biasa. Mungkin ada yang terlepas pandang. Segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka dan akan terus memperbaiki diri saya sebaik mungkin. Namun, ada juga tuduhan yang melulu, tidak benar dan tidak berasas sama sekali.”

Beliau dengan rendah hati meminta agar rakyat fahami dan tidak beranggapan buruk secara terus menerus. Katanya lagi, sesungguhnya saya mengabdikan diri saya hanya ALLAH S.W.T”.

#Berjuang demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Pembelian Tanah TRX Tingkatkan Hasil Lembaga Tabung Haji

 

1. Pembelian tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah perkara biasa dalam usaha pihak syarikat untuk meningkatkan hasil pelaburan.

2. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pembelian berkaitan komersial hartanah ia perkara yang biasa dilakukan oleh pelbagai syarikat dalam memastikan ia terus berkembang.

3. Menurutnya, LTH seringkali menerima serangan daripada pihak yang bermotifkan politik yang mana ia memberikan persepsi negatif terhadap LTH.

“Tanah seluas 1.56 ekar di lokasi premium tersebut diperolehi pada tahun 2015 dengan harga RM189 juta atau pada kadar RM2,774satu kaki persegi. Harga belian tersebut adalah di bawah nilai pasaran pada waktu itu berbanding harga belian syarikat lain.

“Nilai tanah di TRX kini telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 satu kaki persegi. Peningkatan sebanyak 8.2% berbanding harga belian menunjukkan peningkatan nilai pulangan yang baik dalam jangka masa singkat.

“LTH merancang untuk membangunkan tanah tersebut dengan nilai pembangunan kasar projek yang dianggarkan berjumlah RM900 juta,” katanya.

4. Johan berkata, pembelian tanah di TRX oleh LTH berdasarkan penilaian jangka masa panjang yang mana pembangunan bersepadu di TRX bakal menjadi sebuah Hab Kewangan Antarabangsa yang merangkumi konglomerat bisnes dan kewangan, serta pembangunan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia.

5. Tambahnya, LTH yakin pembangunan ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pasaran kerana ia akan dibina mengikut keperluan semasa selain dapat dijual dengan harga yang kompetitif di lokasi yang premium.

 

sumber: JASA

PENGUNDI ATAS PAGAR : FAKTOR DAN TIPS MENGUNDI

Kurang dari tiga minggu lagi kita akan melangkah ke hari mengundi yakni pada 9 Mei seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini.

Pelbagai manifesto dari kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS telah dikeluarkan, aktiviti memperkenalkan calon turut giat dijalankan, perang bendera dan poster turut hangat digantung dan dipamerkan di sana sini dan kini hanya menunggu giliran pengundi untuk membuat pilihan yang tepat.

Pastinya ramai rakyat Malaysia akan masih berbelah bagi untuk mengundi parti mana yang layak memerintah negara, dan mereka juga keliru untuk memangkah calon yang mana. Calon yang kita gelarkan sebagai pengundi atas pagar ini perlulah kita berikan perhatian.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya golongan pengundi atas pagar adalah :
1) Sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak mengambil tahu hal politik di negara.
2) Tidak berminat dengan politik tetapi tetap mahu mengundi.
3) Pertama kali mengundi.

Dengan adanya tips-tips ini mampu membantu pengundi atas pagar untuk membuat keputusan agar tiada istilah “main-main” ketika mengundi.

Tips-tips mengundi buat pengundi atas pagar adalah :
1) Bandingkan manifesto kerajaan dan pembangkang serta lihat sejauh manakah manifesto mereka itu memenuhi kehendak kita dan realistik di laksanakan. Perbandingan boleh dilakukan di https://www.barisannasional.org.my/manifesto/ (manifesto Barisan Nasional;BN) dan http://pakatanharapan.com.my/diymanifesto.php (manifesto Pakatan Harapan; PH).

2) Rajinkan membaca dan membuat kajian dengan lebih mendalam mengenai parti-parti yang bertanding. Baca sejarah dan perkara yang telah dibuat oleh mereka sepanjang memerintah.

3) Kenali calon-calon yang bertanding di kawasan anda dengan lebih dekat. Caranya mudah sahaja, hadiri ceramah mereka dan ikuti mereka di laman sesawang seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya.

4) Pupuk minat mendalam terhadap politik kerana ia akan membantu anda untuk mengundi dengan lebih bijak kerana undi amat menentukan masa depan negara.

Pilihan raya bukannya sekali setiap tahun. Usahlah kita mempertaruhkan masa depan negara demi kepentingan diri sendiri. Kuasa terletak di tangan pengundi.

#Undilah dengan bijak #SelamatMengundi