PRU14 : NAJIB YAKIN KEKAL KUASAI PUTRAJAYA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin BN akan kekal berkuasa di Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini berikutan penerimaan rakyat di seluruh negara.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat terhadap BN yang disifatkannya “luar biasa” , termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

“Saya amat berkeyakinan… apatah lagi sokongan daripada (rakyat) Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri lain. Oleh kerana itu, saya kerap melawat Sabah dan mendengar keluhan rakyat di Sabah dan seterusnya, memberikan peruntukan besar untuk pembangunan, termasuk Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol”, tambahnya.

Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin, kita tidak seharusnya mengetepikan sesiapa pun dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira kedudukan dan negeri.

Beliau juga menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri semula, tetapi “(Dr Mahathir) tidak pernah turun ke Sabah dalam kempen (PRU14)”.

 

 

Leave a Reply