PENGUNDI DIMINTA TIDAK IKUT EMOSI RABU INI – ROSMAH

Pengundi perlulah membuat pilihan yang bijak dengan bertindak mengikut akal fikiran yang waras dan teliti dalam meilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 rabu ini.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam ucapannya di hadapan 1,500 wanita dari beberapa tanah rancangan Felda di gugusan Felda Chini  memohon agar memperhalusi baik buruk setiap perkara agar dapat bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju kelak.

Beliau juga meminta agar pemilih tidak memilih mengikut kehendak hati, kalau dalam media sosial, kita ikut dan telan bulat-bulat, kita takkan tahu apa akan terjadi pada 10 tahun akan datang.

“Kalau kita senang kita nak anak-anak kita lagi senang daripada kita, cucu-cucu kita lagi senang, jadi untuk jamin masa depan kita pilihlah Barisan Nasional,” katanya.

Rosmah juga berharap mereka tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang tidak henti-henti menyerang beliau dan suami Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyebaran berita-berita palsu.

“Mereka hanya nak jatuhkan Najib (tapi) kadang-kadang tak dapat beliau saya pula yang kena,” katanya.

Beliau turut menyifatkan perdana menteri sebagai seorang pemimpin yang sangat bersabar dan sentiasa mengutamakan masa depan rakyat.

Leave a Reply