NAJIB YAKIN MENANG BESAR PADA PRU14

Selepas seminggu berkempen, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu depan.

Perdana Menteri berkata ia berdasarkan tinjauan beliau semasa singgah di beberapa negeri serta daripada taklimat pemimpin UMNO di setiap tempat yang dilawatinya sejak kempen PRU14 bermula selepas hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Insya-Allah kalau ini berlaku kita boleh menang besar dengan syarat semua kerusi yang kita ada, kita dapat pertahankan,” katanya di majlis santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peramu Jaya, di sini, malam ini.

Tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi BN sudah tentu merentasi seluruh negara. Beliau tidak menumpukan kawasan di Pekan, malah berfikir bagaimana hendak mencapai bilangan kerusi yang cukup untuk tubuh kerajaan yang kuat.

Najib berkata beliau juga tidak mengambil peduli berita-berita yang dimuatkan pembangkang di media sosial kerana kebanyakkan adalah berita palsu, menggambarkan kononnya mereka mempunyai penyokong yang kuat.

Saya nak beritahu kita tak guna taktik itu, kita guna pengundi tempatan sahaja dari situ kita dapat lihat kekuatan kita, dan memang kita ada kekuatan tempatan,” katanya

Tambahnya, BN tidak perlu menggunakan permainan persepsi sedemikian untuk menipu atau memberi gambaran palsu kepada pengundi.

Leave a Reply