KAJIAN KAJIDATA TUNJUK BN LEBIH BERKUASA

Satu kajian persepsi rakyat terhadap Pakatan Harapan; PH yang dijalankan oleh Kajidata Research menerusi 1,021 responden di seluruh negara mendapati 39 peratus daripada responden bersetuju BN akan membentuk kerajaan negeri berbanding 32.8 peratus pada PH.

Temubual yang dilakukan melalui telefon dari 12 hingga 27 Mac ini melibatkan persoalan kajian berkenaan parti mana yang akan dipilih mereka jika pilihan raya diadakan keesokan hari, tinjauan mendapati peratusan bagi BN dan PH hampir sama dengan bilangan mereka yang masih tidak pasti untuk memilih pihak mana juga tinggi (40.8 peratus).

Penasihat Kajidata Profesor Syed Arabi Idid yang telah menjalankan banyak kajian berkenaan pilihan raya di negara ini berkata mereka yang masih tidak pasti inilah merupakan pengundi atas pagar yang BN, PH dan PAS sedang berusaha menawan hati mereka.

Lebih kurang 45 peratus daripada responden Melayu berpendapat bahawa sokongan masyarakat itu bagi PH akan meningkat tetapi menurut Syed Arabi, yang juga mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sama ada akan berlaku tsunami undi Melayu seperti yang dijangkakan oleh pihak tidak dapat dipastikan.

Para responden juga bersetuju bahawa agenda reformasi PH menempuh kegagalan ekoran langkah Dr Mahathir mewujudkan kolaborasi bersama PKR. Juga para responden kurang berminat dengan agenda-agenda yang diutarakan dalam manifesto PH kecuali penghapusan GST.

Syed Arabi meramalkan BN akan terus memerintah dengan majoriti mudah, seperti kebanyakan parti pemerintah di dunia sekarang ini. Kekuatan BN terletak pada pengundi luar bandar, satu yang tidak dapat disaingi PH dan dengan itu BN masih mempunyai kelebihan pada PRU14.

 

Leave a Reply