#GST : Rakyat diheret untuk menyumbang membayar hutang negara??

GST_Quotes-03.jpg

Menjawab tohmahan penyokong Pembangkang yang tular di media sosial, katanya : GST setiap bulan yang wajib bagi diriku untuk Negaraku Malaysia adalah:-

1. Letrik RM140 GST RM8.40
2. Air RM80.00 GST RM4.80
3. Astro RM115 GST RM6.90
4. Wifi Stremyx RM120 GST RM7.20
5. HP RM300 GST RM18.00
6. Belanja Dapur RM400 GST RM24.00
7. Petrol & Diesel RM600 GST RM36.00
8. Lain2 RM300 GST RM18.00

JUMLAH GST RM123.30
Itulah GST yang dikenakan terhadap diriku setiap bulan.

Sebulan GST RM123.30
Setahun GST RM1,479.60

BRIM pula tak dapat?

Negara – Kutipan GST setahun 42 Billion. Bagi BRIM setahun RM7 Billion. Masih untung gila dengan GST RM37 Billion.

Bermaksud rakyat diheret untuk menyumbang membayar hutang negara …. kih kih kih. Ada betul ke..??

 

NAK JADI APA PEMBANGKANG NIH!?
Ini jawapan dari kawan :

i) GST ke atas bill letrik hanya dikenakan jika jumlah pengunaan melebihi 300kwh.

ii) Bil Air tidak dikenakan GST.

iii) Adakah Najib paksa kamu guna ASTRO, WIFI, HP? Kalau tidak kenapa salahkan kerajaan dan Najib?

iv) Majoriti barangan dapur adalah sifar GST. Tak kena GST pun sibuk giler!?

v) Adakah Najib paksa kamu guna RON97 yang kena GST sedangkan RON95 dan Diesel dikecualikan daripada GST.

So janganlah disebabkan oleh kerana kamu yang kurang bijak dan kurang membaca, kamu nak menghasut rakyat dan menyalahkan kerajaan pula. Enough is enough!

Sumber – NBI

Untuk maklumat terperinci mengenai KEMANA WANG GST DIBELANJAKAN?,

sila layari DUITGST.COM

Leave a Reply