KESALAHAN “ATOK” TIDAK PATUT DIMAAFKAN

Selepas menonton video “Atok” yang konon-kononnya menyesal atas kesilapan lalu, aku mula duduk dan berfikir sejenak. Adakah salah satu daripadanya menyesal dengan penjarakan Anwar dan menganggap perkara itu adalah sesuatu yang salah? Jadi…Apakah skandal liwat yang berlaku tahun 1998 tu benar-benar berlaku atau fitnah semata-mata?

Kalau dilihat dari aspek lain sepanjang pemerintahan “Atok” tu maknanya dia tak mampulah nak mengurustadbir negara dengan baik dan sudah awal-awal lagi sudah pandai menaburfitnah. Kemudian, mula nak menumpang nama atas tiket PKR untuk bertanding.

Sekarang ini kita bercakap soal mengurustadbir sesebuah negara. Kita hendak wujudkan masa depan negara yang lebih teratur dan pemerintahan yang mampu membawa kepada pembangunan dan kemajuan. Kita juga berfikir bagaimana cara hendak memberi makan dan minum kepada generasi kita di masa hadapan.

Video yang dilakonkan oleh “Atok” dan skripnya ditulis oleh orang lain baru-baru ini menular dan membuatkan kebanyakan wanita beremosi. Analoginya beginilah… kalau bab memberi peluang kedua, pandai pula dimaki dan dihamunnya si lelaki yang berani mencurang. Tapi kenapa tak gunakan konsep yang sama dalam hal ini?

Bagi aku…tidak patut sebenarnya kita memaafkan seorang pemimpin yang telah melakukan kesilapan besar terhadap negara. Cakapnya berpusing-pusing, duit negara yang hilang tak berganti, pentingkan diri dan kaut hasil negara untuk keluarga sendiri.

Politik paling bahaya dalam masa akan datang adalah politik melupakan. Sedarlah bahawa negara telah rosak beberapa dekad lalu, bukannya berlaku pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, ini kerana kita terlalu berlembut dengan kleptokrasi Dr. Mahathir.

Sepanjang 22 tahun memerintah, apa yang dah buat untuk negara?
MRT ada ke zamannya? Takde!
Hutang negara berkurang ke? Tidak!
Jadi, buat apa nak balik memerintah negara semula?

Kita tidak boleh mengubah dengan melupakan masa silam. Maaf Dr. Mahathir bukan maaf hari raya, boleh cium tangan dan bercucuranlah dosanya, tidak, ini dosa kepada bangsa dan negara.

Kalau Dr. Mahathir pergi ke Lim Kit Siang ke, Mohamad Sabu ke, mereka bukan penyelesaian untuk mengubah negara. Jadi, baliklah dan berehat sahaja. Mohonlah taubat pada Yang Maha Esa, bukannya membuat video menagih simpati yang entah apa-apa.

– Wanita Maya

 

Leave a Reply