SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DEKAT DI HATI NAJIB RAZAK, PM

Masa depan pendidikan tetap dekat dihati saya. Demi anak cucu warisan keturunan pilihlah parti yang membawa ke masa depan yang lebih terbela.

Begitulah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmiannya sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Anugerah Kecemerlangan Pekan di sini hari ini.

Majlis bertemakan “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” ini bukan sahaja meraikan guru-guru dan sumbangan mereka tetapi menghargai kejayaan anak-anak melalui peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang lalu.

Bidang pendidikan amat mendapat keutamaan yg tertinggi dalam susunan agenda kerajaan. Ini dapat dilihat apabila dalam tahun 2018, peruntukan yang begitu besar sebanyak RM56 bilion diperuntukkan untuk pendidikan negara.

Perbelanjaan pendidikan negara ini adalah dua kali ganda berbanding negara ASEAN yang lain.

PM dalam ucapannya berkata jika hendak dihitung subsidi yang diberikan kepada pelajar amat begitu besar sekali dan kadang kala kita tidak merasai jumlah besar yang dilaburkan dalam sistem pendidikan negara.

Di peringkat sekolah rendah, RM8,000 diperuntukkan kepada setiap murid setahun, manakala lebih RM9,000 kepada setiap pelajar peringkat sekolah menengah dan 90 peratus daripada kos yuran pengajian pula ditanggung kerajaan.

Komitmen kerajaan yang tinggi membuktikan bahawa betapa pentingnya pendidikan dalam membina sebuah negara bangsa. Baginya…. yang membezakan insan itu bukanlah peluang utk mendapatkan pendidikan. Tetapi yang membezakan sama ada kesungguhan untuk mencapai apa yg diimpikan

*****
Kerajaan memberikan bantuan tanpa mengira kedudukan sosioekonomi, warna kulit atau taraf ekonomi semata-mata. Hanya daya keinginan untuk mencapai kejayaan sama ada setiap insan mampu belajar dan menjadi insan yang berjaya atau sebaliknya.

Ini berbeza dengan negara lain…. Sebagai ketua kerajaan, saya berbangga prinsip demokrasi itu menjadi realiti dimana kualiti pendidikan menjadi milik semua rakyat Malaysia.

Jika kita diberi mandat 5 tahun akan datang, usaha ini akan kita teruskan. Yang terbaru manifesto Barisan Nasional; BN dilancarkan dimana bantuan sebanyak RM1500 kepada pelajar yg mendaftar di IPTA, menaiktaraf program pendidikan khas integrasi utk membuka potensi anak-anak khas serta menaikkan skim elaun penjawat awam.

Banyak lagi yang akan kita lakukan untuk sistem pendidikan negara. Ini semua terangkum dalam usaha-usaha kerajaan untuk membantu rakyat secara berterusan.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa syabas kepada para guru yang telah bertungkus-lumus dalam membangunkan anak-anak bangsa di Malaysia.

 

Leave a Reply