NAJIB HADAPI PERSAINGAN SENGIT MENJELANG PRU14

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dicalonkan sebagai calon parti Barisan Nasional, BN bakal menerima persaingan sengit daripada calon gabungan pembangkang PKR daripada PPBM, Zahid Mat Arip; Kapten (B) Ahiatudin Daud mewakili Pas dan calon Bebas, Datuk Paduka Abd. Kadir Sainudin.

Pengumuman yang dibuat sekitar jam 11;30 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pekan, Mohd Yusli Ibrahim Mohd Yunus di Padang Arena Mahkota ini mendapat sambutan yang begitu hangat daripada penyokong dari setiap parti.

Berbekalkan semangat yang ada, Perdana Menteri akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen Pekan untuk penggal ke-10 dan menjadikan kemenangannya di kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 sebagai salah satu faktor untuk kejayaannya pada penggal ini.

Berikut merupakan senarai calon Parlimen Pekan dan Dewan Undangan Negeri; DUN :

P.085 PEKAN

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)

2. Ahiatudin Daud (PAS)

3. Zahid Mat Arip (gabungan pembangkang PKR)

4. Datuk Paduka Abd. Kadir Sainudin (Bebas)

Penyandang: Datuk Seri Najib Tun Razak (BN)

 

N.20 PULAU MANIS

1. Datuk Seri Khairuddin Mahmud (BN)

2. Zainuddin Noh (PAS)

3. Abu Bakar Lebai Sudin (gabungan pembangkang PKR)

Penyandang: Datuk Khairuddin Mahmud (BN)

 

N.21 PERAMU JAYA

1. Datuk Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali (BN)

2. Abu Kassim Manaf (Pas)

3. Datuk Salim Abd. Majid (gabungan pembangkang PKR)

Penyandang: Datuk Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali (BN)

 

N.22 BEBAR

1. Datuk Fakhruddin Mohd. Ariff (BN)

2. Mohd. Nazhar Othman (PAS)

3. Afif Syirol Abdul Rahman (gabungan pembangkang PKR)

Penyandang: Datuk Fakhruddin Mohd. Ariff (BN)

 

N.23 CHINI

1. Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN)

2. Mohd. Fadhil Noor Abdul Karim (PAS)

3. Mohamad Razali Ithnain (gabungan pembangkang PKR))

Penyandang: Datuk Seri Abu Bakar Harun (BN)

Leave a Reply