WANITA TURUT DIBERI PELUANG DAN DIPERKASA DI PULAU PINANG

Barisan Nasional (BN) adalah parti gabungan yang memperkasakan wanita menerusi peluang yang disediakan kerajaan Persekutuan sejajar dengan pengisytiharan 2018 sebagai Tahun Memperkasakan Wanita.

Menerusi hal tersebut, tiada siapa yang akan ketinggalan termasuklah wanita di Pulau Pinang. Menurut Calon termuda BN Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Peggie Koo Pei Chee, 32, berkata kebajikan wanita sememangnya diperjuangkan oleh parti gabungan itu menerusi manifestonya bagi PRU14.

Katanya lagi, ciri-ciri penting dalam manifesto itu adalah wanita bukan hanya diperkasakan, malah akan dipantau dengan teliti. Turut dimasukkan dalam manifesto itu adalah BN akan menghasilkan beribu-ribu lagi profesional wanita untuk melakar kejayaan dalam bidang korporat, khidmat awam, politik dan peranan lain sebagai pemimpin.

Khoo berkata kerajaan Persekutuan turut mengetengahkan kepentingan untuk menambah baik tenaga kerja wanita dalam pasaran dengan menguatkuasakan keperluan 30 peratus wanita menduduki jawatan tertinggi.

Ditanya tentang peranannya sebagai seorang calon wanita muda, Khoo yang mengambil bahagian dalam aktiviti Gerakan sejak 2008, berkata beliau tidak gentar untuk bertanding dalam PRU14 yang didominasi lelaki oleh kerana beliau akan mewakil suara wanita terutamanya daripada komuniti beliau dalam Dewan Undangan Negeri.

Leave a Reply