WANITA FOKUS UTAMA MANIFESTO KERAJAAN BN JOHOR

Kerajaan Barisan Nasional; BN Johor memberikan keutamaan kepada kaum wanita dalam manifesto yang telah diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada oleh Dato’ Mohammed Khaled bin Nordin semalam.

Wanita memainkan peranan penting dalam membentuk Johor ke arah yang lebih maju dan makmur. Jadi sewajarnya, kaum wanita di Johor ini mendapat penghargaan dan pengiktirafan secara berterusan dari pelbagai pihak. Hal ini kerana mereka juga berpotensi menjadi agen dan contoh terbaik kepada seluruh rakyat Johor.

Hakikatnya, kini kita tidak boleh menafikan lagi hak dan penglibatan kaum wanita dalam segala aspek pembangunan di negeri ini. Seharusnya, kaum wanita diberi peluang dan ruang yang sama untuk menceburi apa sahaja bidang yang ada.

Namun begitu, persoalan yang timbul bagaimana BN Johor dapat meningkatkan harkat dan martabat kaum wanita Johor?

1) Mengenal pasti dan menyediakan tapak untuk dijadikan Kompleks Wanita Tun Fatimah dan menjadikannya sebagai pusat niaga, kompleks busana, pusat kaunseling dan pembinaan kapasiti wanita Johor.
2) Memantapkan pelaksanaan kursus strategi pemasaran produk atas talian kepada usahawan wanita dengan bimbingan pakar. Dalam tempoh (5) tahun, kursus ini akan diperluas melalui jelajah ke setiap daerah.
3) Merealisasikan 30.0% kuota penyertaan wanita dalam kumpulan pembuat dasar dan pentadbiran tertinggi.
4) Menyediakan pemeriksaan mamogram secara percuma kepada semua wanita di Johor yang layak dan memerlukan bantuan seperti ibu tunggal, wanita yang berpendapatan rendah dan berumur 40 tahun ke atas.
5) Memperkenalkan Hari Sukan Wanita.

 

 

 

Leave a Reply