WAKIL MIC DALAM EXCO NEGERI JIKA MENANG

Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini menang bagi mewakili mereka dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Hal ini bagi membolehkan “suara kaum” yang meliputi kira-kira 6.5 peratus atau 74,511 jumlah pengundi di negeri ini mendapat perhatian kerajaan dan pada masa sama bersama-sama kerajaan dalam membuat dasar dan keputusan.

PRU kali ini, BN Kedah menampilkan dua muka baharu daripada MIC iaitu Pengerusi MIC negeri Datuk Jaspal Singh yang akan bertanding di Bukit Selambau dan M Thuraisingam di Lunas.

“Pada PRU13 yang lalu. kita tidak dapat melantik exco dari kaum India disebabkan kedua-dua calon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Lunas kalah”

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

Leave a Reply