Pembelian Tanah TRX Tingkatkan Hasil Lembaga Tabung Haji

 

1. Pembelian tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah perkara biasa dalam usaha pihak syarikat untuk meningkatkan hasil pelaburan.

2. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pembelian berkaitan komersial hartanah ia perkara yang biasa dilakukan oleh pelbagai syarikat dalam memastikan ia terus berkembang.

3. Menurutnya, LTH seringkali menerima serangan daripada pihak yang bermotifkan politik yang mana ia memberikan persepsi negatif terhadap LTH.

“Tanah seluas 1.56 ekar di lokasi premium tersebut diperolehi pada tahun 2015 dengan harga RM189 juta atau pada kadar RM2,774satu kaki persegi. Harga belian tersebut adalah di bawah nilai pasaran pada waktu itu berbanding harga belian syarikat lain.

“Nilai tanah di TRX kini telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 satu kaki persegi. Peningkatan sebanyak 8.2% berbanding harga belian menunjukkan peningkatan nilai pulangan yang baik dalam jangka masa singkat.

“LTH merancang untuk membangunkan tanah tersebut dengan nilai pembangunan kasar projek yang dianggarkan berjumlah RM900 juta,” katanya.

4. Johan berkata, pembelian tanah di TRX oleh LTH berdasarkan penilaian jangka masa panjang yang mana pembangunan bersepadu di TRX bakal menjadi sebuah Hab Kewangan Antarabangsa yang merangkumi konglomerat bisnes dan kewangan, serta pembangunan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia.

5. Tambahnya, LTH yakin pembangunan ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pasaran kerana ia akan dibina mengikut keperluan semasa selain dapat dijual dengan harga yang kompetitif di lokasi yang premium.

 

sumber: JASA

Leave a Reply