PRU 14 BAKAL MENYAKSIKAN 30 PERATUS PENGLIBATAN CALON WANITA

Pilihan Raya Umum kali ke-14 ini bakal menyaksikan pertambahan jumlah calon wanita sekurang-kurangnya 30 peratus yang akan memberikan impak yang besar kepada politik. Hal ini sejajar dengan manifesto Barisan Nasional; BN yang sangat mengutamakan peningkatan wanita dalam pelbagai sektor misalnya parti politik secara amnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim telah menasihatkan parti-parti politik supaya melakukan sesuatu untuk memastikan ada pertambahan dalam kalangan calon wanita.

Jika parti mempunyai ramai anggota wanita, tentu lebih ramai wanita dipilih sebagai calon dan lebih ramai juga akan terpilih sebagai wakil rakyat.

Mereka yang tidak terpilih usahlah kecewa, teruskan untuk menyumbang bakti dan tidak berputus asa dalam memperjuangkan isu berkaitan wanita. Dalam masa yang sama, calon-calon wanita yang dipilih sebagai wakil masyarakat pula perlulah membuat persediaan lengkap daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi pelbagai cabaran.

Lebih penting, calon wanita yang dipilih nanti perlu menerima sokongan bukan sahaja dari masyarakat tetapi juga anggota keluarga. Suami, anak-anak, ibu bapa, semuanya perlu memainkan peranan.

Benar!
Kerja dalam bidang politik bukan senang. Perlu pandai membahagikan masa dan tidak nafikan, peringkat awal memang ‘sakit’ namun jika didatangi dengan minat yang mendalam, lama-kelamaan ia akan menjadi senang dan kita akan seronok melakukan kerja-kerja untuk masyarakat.

Wanita pasti boleh!

Leave a Reply