PENGUNDI ATAS PAGAR : FAKTOR DAN TIPS MENGUNDI

Kurang dari tiga minggu lagi kita akan melangkah ke hari mengundi yakni pada 9 Mei seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini.

Pelbagai manifesto dari kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS telah dikeluarkan, aktiviti memperkenalkan calon turut giat dijalankan, perang bendera dan poster turut hangat digantung dan dipamerkan di sana sini dan kini hanya menunggu giliran pengundi untuk membuat pilihan yang tepat.

Pastinya ramai rakyat Malaysia akan masih berbelah bagi untuk mengundi parti mana yang layak memerintah negara, dan mereka juga keliru untuk memangkah calon yang mana. Calon yang kita gelarkan sebagai pengundi atas pagar ini perlulah kita berikan perhatian.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya golongan pengundi atas pagar adalah :
1) Sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak mengambil tahu hal politik di negara.
2) Tidak berminat dengan politik tetapi tetap mahu mengundi.
3) Pertama kali mengundi.

Dengan adanya tips-tips ini mampu membantu pengundi atas pagar untuk membuat keputusan agar tiada istilah “main-main” ketika mengundi.

Tips-tips mengundi buat pengundi atas pagar adalah :
1) Bandingkan manifesto kerajaan dan pembangkang serta lihat sejauh manakah manifesto mereka itu memenuhi kehendak kita dan realistik di laksanakan. Perbandingan boleh dilakukan di https://www.barisannasional.org.my/manifesto/ (manifesto Barisan Nasional;BN) dan http://pakatanharapan.com.my/diymanifesto.php (manifesto Pakatan Harapan; PH).

2) Rajinkan membaca dan membuat kajian dengan lebih mendalam mengenai parti-parti yang bertanding. Baca sejarah dan perkara yang telah dibuat oleh mereka sepanjang memerintah.

3) Kenali calon-calon yang bertanding di kawasan anda dengan lebih dekat. Caranya mudah sahaja, hadiri ceramah mereka dan ikuti mereka di laman sesawang seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya.

4) Pupuk minat mendalam terhadap politik kerana ia akan membantu anda untuk mengundi dengan lebih bijak kerana undi amat menentukan masa depan negara.

Pilihan raya bukannya sekali setiap tahun. Usahlah kita mempertaruhkan masa depan negara demi kepentingan diri sendiri. Kuasa terletak di tangan pengundi.

#Undilah dengan bijak #SelamatMengundi

Leave a Reply