MASALAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR, SIAPA LEBIH CEKIK DARAH?

MASALAH ADALAH PERLU DISELESAIKAN, BUKAN DIABAIKAN..
BUAT KERAJAAN SELANGOR…BUKA MATA, BUKA HATI…HULURKAN TANGAN, BUKAN KAUT KEKAYAAN!

10 tahun memerintah Selangor… apa yang mereka telah laksanakan???

Ekonomi dilihat semakin lembab…
Perniagaan dilihat semakin merosot...
Pemimpinnya sendiri MB Selangor; Datuk Seri Azmin Ali menyalahkan keadaan ini berpunca dari penurunan jangkaan perolehan premium tanah, cukai pintu dan caj perniagaan.

Masalahnya….
Datuk Seri tidak faham dasar-dasar ekonomi Datuk Seri dan kenaikan cukai-cukai kerajaan Pakatan lah yang sebenarnya menjadi punca kelembapan dan kemerosotan ekonomi Selangor.

Perhatikan!!!
– PH telah menaikkan yuran bagi 90 jenis lesen perniagaan di Selangor.
– Yuran lesen baharu perniagaan di Selangor telah meningkat sehingga 300 peratus.
– Kadar taksiran ke atas rumah orang-orang tua, kediaman bagi orang kurang upaya dan pusat jagaan kanak-kanak juga dinaikkan.

Kemudahan asas juga tidak terkecuali. Sumbangan yuran tempat letak kereta di Selangor telah dinaikkan dengan ketara berbanding semasa kerajaan BN memerintah.

Kemudian!!!
PH kata nak hapus GST, konon nak hapuskan cukai

Tapi…….
Di Selangor, cukai-cukai yang dikenakan oleh PH jauh lebih tinggi
Akibatnya, kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor lebih meningkat.
Para peniaga-peniaga kecil terpaksa menaikkan harga barangan kepada pengguna.

Kalau harga bawang sepatutnya RM4.15 sekilogram,
Boleh jadi RM4.70 sekilogram di Selangor…
55 sen jauh lebih tinggi..
Kalau macam tu..siapa yang lebih cekik darah?
Pakatan Harapan atau Barisan Nasional??

Kini, ada hati nak nak mengula-gulakan rakyat dengan ayat “Kita cuba tukar kerajaan dulu. Kalau tak bagus, kita tukar balik.”

Kalau dah macam inilah keadaannya, pelabur pun lari dari Selangor.
Keadaan ini perlu dibetulkan..
Kita nak Selangor dapat semula zaman kegemilangannya!
Kerajaan negeri perlu diubah!
Kerajaan negeri sekarang perlu dihentikan!!!

Kalau dah tukar kerajaan, gerenti rakyat tak nak tukar balik!!!

Leave a Reply