Bersatu padulah dan kekalkan kesetiaan kepada BN…

Amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu amat tinggi nilainya kerana beliau mahukan menteri-menteri terutamanya semua anggota komponen BN dan penyandang kerusi parlimen BN bersama rakyat untuk saling berganding bahu dalam mempertahankan perjuangan BN sejak pemerintahannya sepanjang beberapa dekad ini.

Ucapan terima kasih yang tidak putus-putus juga diucapkan oleh Najib kepada semua anggota parlimen atas perkhidmatan mereka sepanjang penggal ini dan telah menjalankan segala tugas dengan baik dan penuh berdedikasi.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya…
Kalau hendak bersatu tapi jika tiada kesepakatan, maka dimanalah pula wujudnya erti perjuangan….

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli parlimen pada pilihan raya nanti, akan ada nama yang naik, ada yang turun. Ada yang dicalonkan, ada yang tidak dicalonkan tetapi kita mesti tetap bersama-sama BN. Itu sahaja caranya agar kita menunjukkan kesetiaan yang tidak terbelah bagi kepada parti.

Mudah-mudahan BN bersama kompeni-kompeninya akan terus bersemangat dalam meneruskan kepimpinan demi rakyat dan tanah air tercinta ini. InshaAllah~

Leave a Reply