UNJURAN BANK DUNIA DITERIMA MALAYSIA BUKTI EKONOMI SEMAKIN PESAT

Kejayaan Malaysia memperoleh penilaian semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat kali dalam tempoh masa hanya setahun empat bulan daripada Bank Dunia mencerminkan ekonomi negara berada dalam landasan baik dan semakin pesat.

Perkara ini merupakan suatu pengiktirafan kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang memperoleh empat unjuran dalam tempoh masa tersebut.

Kerajaan Barisan Nasional; BN mengambil langkah yang bijak dengan mengolah konsep serta falsafah pembangunan dan strategi dan perancangan yang teliti lagi jitu untuk membawa negara ke hadapan sehingga menjadi antara negara paling berjaya di dunia suatu hari nanti.”

Kalau hasil negara bertambah, kita akan membantu mengagihkannya kepada rakyat, lebih-lebih lagi kepada mereka daripada golongan B40 dan M40 dalam pelbagai bentuk bantuan yang dapat dilaksanakan kerajaan.

Konsep ini dipercayai sesuai dan tepat untuk menjadi pegangan kita… yakin dan percaya bahawa kita merupakan kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat. Kita tidak menabur janji yang kemudiannya tinggal janji sahaja dan tidak ditunaikan.

_Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak_

Leave a Reply