REFORMASI PH MENJATUHKAN MAHATHIR KIAN HILANG, PH BERJANGKIT PENYAKIT U-TURN

HAIRAN!
DULUNYA HEBAT DIPERKATAKAN, KINI KIAN HILANG DIBAWA ARUS!
TERUMBANG AMBING MENCARI PEMIMPIN!
AKIBAT DENDAM, KINI MEREKA SEMAKIN TIDAK RASIONAL!

Dimana golongan Pakatan Harapan; PH yang melaungkan reformasi pada masa dulu?
Kenapa sekarang baru bercadang mahu mengangkat Tun Mahathir sebagai perdana menteri pula sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14?

Situasi itu menunjukkan pembangkang tidak rasional dalam tindakan dan hanya bertindak memenuhkan dendam kesumat mereka.

Paling buat saya ketawa selepas 22 tahun adakan reformasi untuk jatuhkan Dr Mahathir tapi hari ini mereka beritahu kepada rakyat kalau mereka menang, mereka tawarkan Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Inilah pembangkang!!
Mereka tiada isu tapi hanya kongsi satu sifat, bencikan perdana menteri dan BN.

Biarlah dia benci, tapi apa kita tahu rakyat akan terus beri sokongan kepada BN kerana manifesto BN membuktikan bahawa BN telah berjaya perintah negara dengan baik selama ini.

PH mencari pelbagai alasan untuk menutup kelemahan mereka sekiranya tumbang dalam pilihan raya tidak lama lagi. Sebagai contoh, kerajaan BN bagi bantuan kepada rakyat, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang pun buat perkara sama di negeri mereka.

Bila dia buat, itu semua betul tapi bila kita buat, itu semua tak betul. Contoh macam Dr Mahathir, bila beliau dah tak bersama kita, mereka anggap Dr Mahathir betul.

KAN HAIRAN!
PENYAKIT BERJANGKIT MEREBAK DALAM KALANGAN PEMBANGKANG!
TERUK!!!

 

Leave a Reply