MANIFESTO BN AMAT REALISTIK MENCERMINKAN KEMATANGANNYA

Manifesto Barisan Nasional; BN haruslah dipertimbangkan sewajarnya oleh rakyat kerana ianya bukan sekadar janji, malah merupakan satu ruang kepada pembentukan sebuah negara membangun dan maju di masa akan datang.

Selain daripada itu, sebagai sebuah pentadbiran yang berpengalaman dalam mentadbir negara, manifesto BN juga dilihat matang dan bertambah matang dari masa ke semasa kerana ia membabitkan rakyat dan generasi akan datang.

“Manifesto yang baik sudah tentulah melambangkan kematangannya”

Sudah 13 kali pilihan raya diadakan dan BN telah memenangi banyak kerusi dan jelas berbeza bagai langit dan bumi jika hendak dibandingkan dengan manifesto pembangkang. Hal ini disebabkan BN lebih realistik dan mengukur keperluan rakyat dan kos perlaksanaannya supaya berjalan lancar.

Manisfesto ini boleh mengukur pendapatan negara, menunjukkan dari mana punca pendapatan dan berapa baki rizab negara.

“Sebaliknya, manifesto pembangkang boleh bankrup negara kerana tidak munasabah. Mereka pasti tidak mampu memberi apa yang mereka janjikan”.

Leave a Reply