MALAYSIA NEGARA PALING BERJAYA DI DUNIA MENERUSI BANTUAN YANG DIBERIKAN

Dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional; BN dalam membantu golongan susah dan berpendapatan rendah merupakan satu dasar yang konsisten sejak dahulu kala hingga menyebabkan Malaysia diiktiraf sebagai negara paling berjaya di dunia.

_Pelbagai agensi ditubuhkan seperi Felcra, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (Tekun), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 1987 yang menjadi antara medium untuk golongan itu mengubah corak kehidupan mereka._

Antara bentuk bantuan lain yang diberikan BN adalah diberikan adalah menyediakan pinjaman AIM. Sejak ditubuhkan, seramai 726, 891 peminjam telah mendapat faedah melibatkan pinjaman RM19.2 bilion. Bantuan yang diberikan oleh AIM ini merupakan yang boleh dijadikan sebagai rangsangan untuk Sahabat AIM untuk turut berjaya dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Sekaligus membuktikan bahawa BN akan sentiasa mencari jalan untuk mengubah dan menolong orang kampung dan miskin. Hal ini tidak dapat dinafikan apabila kedudukan golongan miskin terutama di kawasan luar bandar mulai berubah bertitik tolak daripada situ.

 

Leave a Reply