PERTAMA KALI NAK MENGUNDI? NAH…PANDUAN BERGUNA UNTUK PEMILIH BARU…

Menanti detik Pilihan Raya Umum ke-14 adalah mendebarkan khususnya buat pemilih baru yang bakal mengundi pada 9 Mei ini. Untuk yang pertama kali membuang undi, mesti rasa nervous kan? Mungkin ada yang mula berfikir nak kena buat apa sebelum mengundi?

Bagi memastikan proses pilihan raya nanti berjalan lancar, nah…sedikit panduan supaya korang tak kelam kabut sebelum nak mengundi…

1) PASTIKAN KORANG SEMAK DIMANA NAK MENGUNDI

– Sebelum mengundi, pastikan nama dan no kad pengenalan korang dah daftar di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

  • Korang boleh semak di laman web SPR sama ada korang layak membuang undi atau tak. Masukkan no kad pengenalan dan Aksara Captcha yang tertera, semua details korang ada tulis kat situ.

semak PRU.png

2) ELAKKAN MEMBUAT UNDI ROSAK

– Undi rosak bermakna korang melukis, menconteng atau mencacatkan kertas undi dengan tulisan-tulisan yang tidak mendatangkan faedah dalam proses pengundian. Dinasihatkan bahawa mengundi hanya sekali dalam tempoh 5 tahun, jadi gunakan kesempatan ini sebaik mungkin.

– Undi lebih dari satu calon juga merupakan undi rosak… ingat, pangkah satu je tau!
undi-rosak-1

 

3) JANGAN LUPA BAWA 3 PERKARA INI SEMASA MENGUNDI

– Datang awal! Ini sangat penting bagi mengelakkan korang terpaksa beratur lama di luar
– Bawa kad pengenalan… Kalau takde kad pengenalan, misalnya rosak atau hilang… bawa lesen atau kad pengenalan sementara yang tertulis no kad pengenalan anda. Dah hilang.. buat laporan terus ke Jabatan Pendaftaran Negara.
– Pakai pakaian yang sopan… Tak perlu pun nak pakai pakaian yang ada muka calon, nama parti atau logo.. Tak perlu pun! Pertama sebab undi adalah rahsia! Kedua, adalah disebabkan tak memberikan kesan kepada pengundian tersebut.

4) IKUTI 7 LANGKAH PENGUNDIAN DI BAWAH

– sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal
– Serahkan kad pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama.
– Tunjukkan tangan dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
– Bergerak ke hadapan dan letakkan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jar dan tunggu nama anda dipanggil
– Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan. Kerani pengundian pertama akan membua tanda pada nombo dan nama dalam buku daftar pemilih
– Bergerak ke petak undi dan tandakan pangkah pada ruang calon.
– Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing
– Keluar segera dari tempat mengundi

SELESAI !!!
TAHNIAH KERANA ANDA SUDAH MENGUNDI DAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA!

^_^

 

 

Leave a Reply