MANIFESTO BN : 8 TAWARAN BUAT GOLONGAN BELIA

Antara lapan tawaran yang diumumkan oleh Pengerusi Pemuda Barisan Nasional; BN Khairy Jamaluddin dapat dilihat sebagai satu perancangan strategik yang komprehensif untuk jangka panjang dan telah dibincang dengan teliti dengan pelbagai isu turut diambil kira.

Tawaran ini bukan untuk lima tahun sahaja, tapi ia boleh melangkau jangka masa lebih panjang daripada itu, hingga ke Transformasi Nasional 2050. Lapan jaminan manifesto yang ditampilkan ini juga sudah mendapat persetujuan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Lapan jaminan tersebut adalah :
1) Isu perkahwinan
2) Golongan belia mendapat diskaun pengangkutan awam dan juga insentif pelepasan cukai untuk perbelanjaan gaya hidup
3) 2.26 peluang pekerjaan dalam tempoh enam bulan kepada belia di bawah 30 tahun
4) 3 juta orang muda menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia; BRIM setahun
5) Kenaikan gaji
6) Memudahkan usahawan muda mendapat pinjaman tanpa sebarang kerenah birokrasi menerusi portal Youth Entreprenurial Network (YEN).”
7) Bantuan memiliki rumah melalui skim MyDeposit dan “rent-to-own” serta pembinaan rumah mampu milik khas
8) 600,000 belia mendapat tempat di institusi latihan TVET.

Janji yang dibentangkan ini bukan ditampilkan atas kegilaan mencari undi atau dirangka untuk populariti, sebaliknya dibina atas suara, kerisauan, keluh resah, aspirasi dan impian setiap orang muda Malaysia.

*Khairy Jamaluddin*

_P/S : Dalam kaca mata saya, BN mencerminkan suatu manifesto yang luar biasa khas untuk barisan pemuda pemudi Malaysia_

 

Leave a Reply