KENAPA PEMUDA BN NAK BUAT MANIFESTO KHUSUS UNTUK BELIA???* KHAIRY JAWAB PERSOALAN INI.

Kenapa nak kena buat manifesto untuk belia?
_Sebenarnya manifesto sebegini adalah kebiasaan bagi semua yang bertanding pada pilihan raya untuk membentangkan manifesto kepada pengundi demi meneruskan khidmat bakti kepada golongan itu untuk tempoh lima tahun akan datang_

Antara jawapan Khairy adalah :
1) Kami sudah buat sebanyak mungkin yang kami terdaya untuk orang muda Malaysia. Isu pekerjaan, isu latihan TVET (Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional), insentif PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), isu pemilikan rumah… semua ini telah kami desak dan dilaksanakan kerajaan. Tidak salah rasanya jika kami ingin memperbaharui khidmat bakti ini untuk lima tahun akan datang.
2) Menghapuskan pemikiran cetek dan dangkal daripada pembangkang yang menuduh BN.
3) Orang muda Malaysia inginkan lebih lagi kerana melalui pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui sebagai orang muda.”
4) Memastikan anak muda mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan BN dalam manifesto utamanya (induk) sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
5) Mengangkat suara generasi TN50, orang muda terpilih akan dibawa ke jemaah menteri setiap bulan untuk menyampaikan idea terbaik dan popular.

 

 

Leave a Reply