JAUHI UNDI ROSAK, DEMI MASA DEPAN NEGARA

Kempen undi rosak yang dijalankan oleh pembangkang seharusnya diharamkan kerana SPR tidak tahu siapa pemilih yang akan merosakkan undi samaada penyokong parti pembangkang atau kerajaan. Jika mereka yang undi rosak ini menyokong pembangkang, maka pembangkanglah yang akan hilang undi.

Bukan itu sahaja, perkara ini yang menjadi masalah kerana pengundi akan kehilangan hak dan kuasa mereka kerana tidak membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya

Apabila kita melihat tindakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyokong kempen undi rosak adalah kerana dipengaruhi sentimen parti pembangkang yang disertainya ketika ini.

Sepatutnya kempen itu tidak sepatutnya disokong jika rakyat sayangkan Malaysia. Pemilih perlulah jauhi diri dari undi rosak demi masa depan anak cucu dan negara kita. Kita sewajarnya menjaga hak yang diberi sebagai warganegara.

“Jangan terpengaruh dengan dakyah merugikan dan bercanggah dengan semangat demokrasi, merugikan diri sendiri dan merugikan masa yang kita sedang nikmati sekarang,”

Leave a Reply