GUNA PERSEMPADANAN SEMULA – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya; SPR akan mengguna pakai semula kawasan persempadanan baru jika diwartakan sebelum Parlimen ke-13 dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan. Tujuan persempadanan semula bahagian pilihan raya dibuat adalah berdasarkan kemajuan dan pembangunan demografi kawasan dan penduduk.

SPR hanya perlu mengambil masa sehari untuk mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan kemudian menjadi rasmi dan boleh digunakan untuk PRU14.

 

*Antara peluang bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar adalah*

1) Parti politik perlu hantar ejen secukupnya di tiga tempat iaitu tempat mengundi,
pengiraan undi dan barung semakan. Parti bertanding harus mengemukakan ejen yang mencukupi di 29,097 saluran mengundi di 8,971 pusat mengundi dan penjumlahan undi.
2) SPR memberi peluang kepada mahasiswa untuk terbabit sebagai pemerhati proses
perjalanan pilihan raya.
3) SPR menjemput 12 negara sebagai pemerhati di samping badan bukan kerajaan (NGO)
yang berkecuali sepanjang PRU-14 berlangsung berbanding hanya tiga negara pada PRU-
13.
4) Pihak keselamatan seperti polis turut terlibat bagi memastikan PRU14 berjalan
dengan lancar.

Leave a Reply