9 MEI TARIKH KERAMAT PILIHAN RAYA UMUM KE-14

Keluar Writ : 11 April 2018 (rabu)
Penamaan calon : 28 april 2018 (sabtu)
Hari mengundi awal : 5 mei 2018 (sabtu)
Hari mengundi : 9 mei 2018 (rabu)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan perkara itu berkata tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei.

Tambahnya lagi, SPR telah melantik 222 orang pegawai pengurus pilihan raya manakala 445 pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya diwujudkan untuk memantau pilihan raya agar berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Seramai 259,391 petugas turut dilantik daripada kalangan orang awam untuk pengendalian proses PRU, 8,989 premis bangunan akan digunakan sebagai pusat pengundi manakala sebanyak 28,995 tempat mengundi/ saluran yang dianggarkan perbelanjaan berjumlah RM500 juta.

Perkara ini pastinya membuatkan ramai yang tidak sabar untuk mengundi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Diingatkan agar sentiasa membuat pilihan bijak dalam memilih pemimpin yang bertanggungjawab untuk memimpin sebuah negara yang makmur dan berkemajuan.

*ELAKKAN UNDI ROSAK!*
*SELAMAT MENGUNDI SEMUA!*

Leave a Reply