REALISTIK PELAKSANAAN MANIFESTO BN

Manifesto Barisan Nasional; BN yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak bersifat realistik untuk dilaksanakan kerana mengambil kira kemampuan kerajaan yang diterajui ketika ini.

Aku Janji BN itu telah pun dirancang rapi menerusi kajian dan penyelidikan terperinci melibatkan semua pihak termasuk kementerian, dengan mengambil kira semua perkara termasuk kehendak negeri dan kemampuan kerajaan.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

“Hasil daripada kajian serta penyelidikan diserahkan untuk diperhalusi oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Ketua Komunikasi Strategik BN),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan karnival anjuran Kolej Sidma Sarawak dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Sejingkat Hilir”

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Hasan

“Segala janji di dalam manifesto itu sebagai praktikal dan yakin ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada ekonomi negara jika dilaksanakan. Bidang saya ialah bidang ekonomi. Macam mana kita dapat pendapatan itu satu perkara, satu perkara lagi dan yang penting ialah bagaimana kita mahu mengagihkan kekayaan itu”.

Pengerusi Kelab Penyokong BN Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Hasil sumbangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan juga telah diambil kira bagi mengukur kemampuan negara dalam melaksanakan setiap aku janji yang telah diumumkan. Berbeza dengan pembangkang, manifesto mereka tidak ada yang boleh orang ambil serius. BN pula manifestonya boleh dan mampu dilaksanakan. Ia bukan soal populis.

Aku janji BN yang menarik dan bakal memberi impak tinggi adalah pengenalan dasar penjagaan kanak-kanak universal bagi mengurangkan beban terutamanya pasangan muda untuk menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan (taska).

 

 

Leave a Reply