NAJIB MELETAKKAN ANGKA 11, DAN RAMALAN TARIKH UNDI PRU-14

Angka 11 merupakan angka yang istimewa buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang sememangnya dilihat berkait rapat dengan kehidupan beliau*

Najib pernah menjelaskan kenapa 11 begitu istimewa bagi beliau :
1) Allahyarham ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922;
2) Bondanya, Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933
3) Anak sulung beliau juga lahir pada 11 haribulan
4) UMNO diasaskan pada 11 Mei 1946.
5) Najib adalah Menteri Besar Pahang ke-11
6) Najib bergelar Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-11.
7) Menurut laporan, beliau mempunyai kenderaan rasmi yang menggunakan nombor pendaftaran khas dengan angka 11.

Ramai yang dapat mengesan betapa angka 11 mempunyai tempat yang amat istimewa di hati Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sememangnya diketahui ramai merupakan angka kegemaran beliau apabila beliau memilih tarikh bagi pembubaran Parlimen yakni pada 7 April, dan apabila 4 dicampur 7, maka jumlahnya ialah 11.

Berdasarkan logik yang sama, sesetengah orang terus meramalkan bahawa pilihan raya umum ke-14 berkemungkinan akan diadakan pada 29 April, yang sekali lagi akan menyaksikan kewujudan angka 11 iaitu jumlah yang akan didapati apabila 2 dicampur dengan 9.

 

Leave a Reply