MANIFESTO BN, PEMBANGKANG…. MANA SATU PILIHAN ANDA???

Pilihan Raya Umum; PRU-14 dilihat semakin sengit pada tahun ini kerana parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak di bawah bendera Barisan Nasional; BN bakal ditentang oleh Pakatan Harapan; PH yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Terdapat pelbagai andaian dan ramalan yang dibuat sehingga menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun, apabila dilihat berdasarkan manifesto yang dibuat oleh kerajaan BN dan pembangkang… Manifesto BN adalah lebih logik dan realistik.

Mari kita lihat perbezaan manifesto kedua-duanya…

Kos sara hidup

– Kos sara hidup yang menjadi isu turut ditangani, malah kerajaan BN sudah mengambil pelbagai langkah untuk membantu rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, termasuk subsidi berbilion ringgit bagi membantu mengurang dan menstabilkan harga barang keperluan di pasaran.

– Contohnya, RM3.9 bilion disediakan sebagai subsidi untuk mengurangkan harga barang dan pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak, elektrik, tol dan sebagainya.

  • RM26.5 bilion pula untuk mengurangkan kos perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada rakyat.

–  Bagi PH pula, manifesto kononnya bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh 100 hari pertama menjadi kerajaan, namun sebahagian besarnya adalah kitar semula daripada manifesto pakatan sebelum ini atau Buku Jingga yang ditawarkan pada PRU-13.

 

Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST)

– Janji menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memerlukan penelitian mendalam mengenai impaknya kepada ekonomi negara dan rakyat. GST bukan asing kerana dikuatkuasakan lebih 160 negara terbukti membantu menangani pelbagai masalah percukaian, termasuk isu peniaga mengelak membayar cukai.

– Apakah rakyat sedar hasil kutipan GST diagihkan semula untuk meringankan beban mereka seperti RM6.8 bilion dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

– GST di Malaysia hanya enam peratus lebih rendah daripada kebanyakan negara dan SST yang dikenakan kepada rakyat pada kadar 16 peratus. Meskipun pembangkang mendakwa GST kononnya menyebabkan kenaikan harga barang keperluan, sistem cukai baharu itu sepatutnya mengurangkan harganya kerana pengeluar oleh menuntut semula cukai yang dibayar kepada kerajaan.

Kenaikan harga barang

– Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang bersidang baru-baru ini, mendedahkan kenaikan harga barang bukan disebabkan GST, tetapi lebih kepada faktor ekonomi lain seperti peningkatan kos pengeluaran, kekurangan barangan berbanding permintaan dan kemerosotan nilai ringgit.

– Malah kadar inflasi semasa yang rendah, iaitu antara dua hingga tiga peratus jelas membuktikan kuasa beli rakyat Malaysia adalah munasabah dan lebih baik daripada lain-lain negara.

– Jadi, sekiranya GST, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan duti dimansuh seperti dijanjikan PH, rakyat terpaksa menanggung kehilangan hasil lebih kurang RM416.6 bilion dan secara puratanya, terpaksa menanggung beban lebih RM15,000 seorang.

Leave a Reply