JURANG DIGITAL BANDAR DAN LUAR BANDAR DIRAPATKAN

Antara matlamat yang mahu dicapai oleh Barisan Nasional; BN menerusi manifesto Memperkasakan Digital untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah akan terus merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dengan pelbagai insiatif yang bakal dilaksanakan.

Yang menariknya sejak dari dulu lagi…
Pelbagai pembangunan dan kemudahan infrastruktur telah diwujudkan kerajaan seperti pembinaan menara telekomunikasi, rangkaian fiber, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan sambungan WiFi di kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan itu di mana sahaja mereka berada.

Melalui usaha-usaha ini, kerajaan menyasarkan 95 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk menjelang tahun 2020 nanti.

Kelebihan :
1) Meningkatkan taraf sosioekonomi dengan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian.
2) Mewujudkan 1 juta usahawan digital dalam tempoh lima tahun akan datang.
3) Produk-produk dapat menembusi pasaran ke seluruh negara dan malah ada juga yang memasarkan ke luar negara juga.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari

Kerajaan telah menyasarkan sebanyak 20Mbps di 50 peratus liputan jalur lebar di kawasan pendalaman menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dan perkara ini dianggap sebagai salah satu langkah yang positif untuk memenuhi keperluan rakyat di luar bandar dan menjadi agenda kerajaan agar rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

 

Leave a Reply