MANIFESTO BN: 14 AKU JANJI DEMI KEPENTINGAN RAKYAT

 

Barisan Nasional; BN akan terus memperjuangkan Malaysia demi kepentingan rakyat tanpa mengira perkauman. Di sisi BN , setiap rakyat Malaysia adalah insan terpenting kepada BN

Datuk Seri Najib Razak membuka tirai majlis manifesto tersebut dengan sambutan dan laungan gemuruh dari semua penyokong yang hadir bagi menantikan pengumuman yang dibuat khas di Stadium Bukit Jalil.

Buku manifesto 220 muka surat berisi 364 inisiatif jika dibentangkan pastinya sesudah subuh pun belum dapat pulang/dihabiskan – Najib

Dokumen yang positif ini menjadi kayu ukur yang mampu dilaksanakan dan memenuhi kehendak rakyat.

**14 perkara utama manifesto BN yang dibentangkan menjadi teras utama dan pemangkin semangat kepada manifesto yang telah pun 99.4 peratus manifesto yang telah berjaya dilaksanakan dalam PRU-13 yang lalu**

Beberapa pengumuman istimewa bakal dilaksanakan jika BN menang

1) Pendapatan isi rumah RM3,000 kebawah BRIM dinaikkan dari RM1,200 kepada RM2,000.

2) BRIM dari RM900 dinaikkan kepada RM1,500 bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah

3) BRIM RM450 dinaikkan kepada RM600 bagi golongan indvidu bujang pendapatan RM2,000 ke bawah.

Kategori penerima BRIM terbaru

1) Golongan berpendapatan RM4,000 hingga 5,000 menerima BRIM berjumlah RM700 setahun

2) Anak2 penerima BRIM yang melayakkan diri ke universiti bakal menerima RM1,500 sebagai bantuan ke IPT.

Najib dengan penuh semangat mengingatkan rakyat agar memilih parti yang berpengalaman luas

Jangan kita menyesal, sudah terhantuk baru tergadah…kita tidak mahu anak cucu menghukum kita…diharapkan BN mampu membangunkan rakyat dan Malaysia supaya lebih aman dan makmur.. inshaAllah

Leave a Reply