Road To MAHA 2018 beri penghormatan kepada wanita

UCAPAN TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL DI ROAD TO MAHA 2018: SEGALANYA WANITA, DI PANTAI KUALA KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU
• Tahniah kepada Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Shabery Cheek yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana memilih satu tajuk yang cukup bersesuaian untuk kepentingan rakyat
• Road To MAHA 2018: Segalanya Wanita turut memberi penghormatan kepada wanita dan diharapkan mampu menarik penyertaan lebih ramai pengunjung wanita ke acara berkenaan
• Sudah terbukti bahawa mana-mana pemimpin dan perancangan yang tidak mengambil kira wanita akan mengalami kegagalan memandangkan hampir separuh penduduk negara ini adalah wanita
• Mana-mana parti yang mahu menang diingatkan untuk meletakkan calon wanita dalam pilihan raya akan datang
• Pengerusi Badan Perhubungan negeri yang juga diingatkan jika mereka tidak mencalonkan wanita akan mengundang risiko dalam PRU14 nanti
• Di Kemaman dan Terengganu, penghormatan sentiasa diberikan kepada wanita
• Karnival usahawan hari ini juga ada usaha yang amat bijak memandangkan Terengganu dan Kelantan memang terkenal dengan usahawan wanita
• Kerajaan Barisan Nasional juga semakin memberi kepercayaan kepada wanita untuk terbabit dalam banyak perkara memandangkan kita menyedari bahawa perlunya memperjuangkan kebebasan ekonomi untuk memastikan wanita memiliki dompet sendiri
• Masa depan Malaysia amat cerah sekali dan BN akan menang, dengan DUN dan Parlimen di Kemaman akan terus menjadi milik BN
• Pengundi perlu menjaga kepentingan negeri untuk tidak menggadai negeri dan juga negara kepada parti yang tidak tentu hala dan masih terumbang ambing
• Bukan mudah untuk memimpin negara kerana pemimpin seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa dilanda ujian dan dugaan tetapi kerana kesabaran masih mendapat sokongan rakyat di seluruh negara
• Terengganu turut diyakini akan meningkat dari segi ekonomi sekaligus membawa kesejahteraan kepada rakyat termasuk wanita Terengganu

 

Leave a Reply