Hanya 30% Pekerja Asing Untuk Projek ECRL – MRL

1. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik kepada projek rail Pantai Timur (ECRL), berkata hanya 30% daripada jumlah pekerja yang terlibat di dalam projek bernilai 60 billion ini adalah pekerja asing dari China dan beberapa negara Asean. Ianya berikutan kerisauan yang mengatakan bahawa projek ini sepenuhnya akan dikendalikan oleh rakyat China. Baki 70% adalah rakyat tempatan.

2. MRL mengulas mengenai laporan pada hari Selasa yang memetik dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, pemaju ECRL telah memohon kepada Putrajaya untuk mengambil pekerja warga China untuk projek itu kerana ‘kebolehcapaian bahasa’

3. Dalam kenyataannya, MRL berkata pada masa ini, mereka mengambil sejumlah 1,718 pekerja pembinaan, dan hanya 311 pekerja atau 18% adalah dari China.

4. Kontraktor utama iaitu China Communication Construction Co Ltd (CCC) telah melabur RM23 Juta untuk mengadakan latihan yang dinamakan sebagai, East Coast Rail Line Industrial Skills Training Programme (PLKI-ECRL) sebagai sebahagian daripada program bertanggungjawab sosial korporat.

5. PLKI-ECRL adalah usahasama antara MRL, CCC dan Universiti Malaysia Pahang untuk melatih rakyat Malaysia dan seterusnya akan diserap bekerja untuk projek ECRL.

6. Program itu telah bermula pada September 2017, telah menyaksikan 185 pelatih menyelesaikan latihan mereka pada bulan Januari dan Februari dan telah memegang pelbagai jawatan di MRL dan CCCC. Sejumlah 244 pelatih buat masa kini sedang menjalani program latihan ini dan mereka akan melengkapkan latihan menjelang akhir bulan April.

7. MRL menjangkakan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan semasa tempoh pembinaan ECRL.

8. MRL juga berkata kontraktor utama ECRL komited untuk terus memberi keutamaan kepada penggunaan bahan binaan yang dibekalkan oleh syarikat tempatan

9. Walau bagaimanapun, mesin khas dan peralatan seperti Tunnel Boring Machine (TBM) perlu dibawa dari China dan perlu dikendalikan oleh para pakar dari negara tersebut untuk pembinaan terowong di lokasi tertentu. Program PLKI-ECRL akan menawarkan latihan kepada pekerja tempatan untuk mengendalikan jentera yang dibawa dari China.

*Sumber:* http://www.theedgemarkets.com/article/only-30-ercl-workers-will-be-foreigners-says-project-owner

Leave a Reply