PRU-14: DUA PERKARA PENENTUAN KEJAYAAN BN – SHARIZAT

Antara dua perkara yang menjadi penentu kejayaan Nasional; BN dalam pilihan raya PRU-14 adalah
 
1) Pemimpin dan jenteranya perlulah mewakili sokongan padu daripada rakyat di Malaysia.
2) Jentera pilihan raya BN mestilah kuat dan bersemangat. Kalau jentera lemah, lesu dan cakap tak serupa bikin, sukar untuk kita menang PRU. Sebab itu, kami turun padang.
 
*Seperti 😗
Pemimpin kita yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak amat menatang rakyat umpama minyak yang penuh dan pembangunan negara amat menjadi keutamaan buatnya.
 
“Kalau nak menang itu sahaja tidak mencukupi.. Saya mewakili semua wanita di Malaysia kena hebat. Sebagai satu pasukan kite akan hadapi Pilihan Raya; PRU14 dan tentukan Terengganu “molek doh” akan menang dengan bergaya kali ni”.
 
👉 Begitulah kata-kata azimat daripada Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat dalam ucapannya sambil tersenyum ceria mengucapkan terima kasih kepada jentera wanita BN yang bekerja keras tanpa mengira masa untuk menentukan kemenangan BN.
 
“Keadaan jentera wanita Terengganu amat bagus sekali.. saya yakin komponen parti pun alhamdulillah memberi kerjasama yg baik.. Saya yakin bahawa kepimpinan Terengganu mampu menbawa anjakan paradigma dimana kita akan berdiri teguh untuk rakyat. Pastinya… PRU kali ini akan membawa perubahan positif untuk BN… Kita akan menang”… tambahnya.
 
Beliau turut mengingatkan jentera wanita BN untuk menjaga kesihatan dan bersemangat menjalankan tugas dengan strategik.. Jangan biar orang lain datang “mencuri” dan kita kena jaga pengundi yang tersedia ada
 
“Perang mesti menang”… Laungan keramat itu dilaungkan dan mengemparkan seluruh Stadium Sukan Negeri Terengganu
 
Beliau turut memuji keindahan di Terengganu seperti pantai dan makanannya yang menyebabkan beliau tidak pernah bosan untuk datang ke Terengganu.

Leave a Reply