#TIPS MELANCONG : ASTAKA MOROCCO

Assalamualaikum dan hi !!!

Kemanakah kita?

ASTAKA MOROCCO uollsss…

First time sebenarnya Cik Bib datang ke Morocco Pavilion…tempat orang kan? hihi Tapi bagi Cik Bib walaupun berada di sini, rasanya seperti berada di negara Morocco..

Biasanya Cik Bib lalu je kat kawasan ni, ulang alik balik keje tapi tak pernah pula nak masuk dalam ni…ntah kenapa tiba-tiba beberapa hari yang lepas ketika balik kerja je Cik Bib teringin nak menjejakkan kaki ke Astaka Morocco…

Astaka Morocco terletak di Presint 1, Putrajaya… Kalau dari bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, just ambil laluan kiri selepas Jabatan Perdana Menteri… ikut je signboard.. jumpe la tu nanti… Bersebelahan astaka ni, ada Taman Botani Putrajaya…sempat juga Cik Bib menyinggah walaupun sorang2…

Memandangkan sewaktu Cik Bib datang tu time orang balik kerja sekitar jam 5pm, jadi, tak ramai orang yang datang… yang Cik Bib perasan, ada photoshoot kat sini, ada yang buat wedding photoshoot dan ada juga penuntut ipt yang buat pre-convo kat sini…

Ini adalah pintu gerbang untuk masuk ke dalam astaka.. Air pancut begitu menenangkan dan menyejukkan memandangkan ketika Cik Bib datang waktu tu sangat  panas…berpeluh-peluh jugala.. al-maklumlah, naik moto je…

Untuk masuk ke dalam astaka ni, hanya perlu bayar RM3 sahaja untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak atau pelajar.. tidak perlu tunjukkan mykad atau kad pelajar…..sesuai juga dengan harganya sebab tempat ini tidaklah besar, kecil sahaja dalam kawasan astaka ini…

Pesan makcik guard dekat kiosk/kaunter tu, pelawat yang ingin mengambil gambar di sini, hanya dibenarkan bergambar di luar sahaja… Boleh mengelilingi kawasan luar astaka dan bergambar… Cik Bib sendiri tak tahu kenapa mereka tidak benarkan untuk mengambil gambar di dalam…barangkali untuk menjaga kesucian agama Islam sebab banyak kalimah-kalimah Allah diukir dan menjaga keaslian keunikan negara daripada tercemar…

Tapi disebabkan Cik Bib nak tahu juga…apa yang ada kat dalam… Cik Bib pn bayar jugalah RM3 tu… Kena buka kasut sebelum masuk…

Di setiap tiang-tiang ni, terdapat pintu bilik pameran (yang mewakili bandar/kota di Morocco), terdapat info berkenaan bandar kat depan bilik tu.. Dalam setiap bilik, kita boleh lihat seni bina dan seni hiasan bandar/kota terbabit. Ada perabot dan sedikit barang perhiasan.

Ada tertulis “Dilarang duduk dan dilarang sentuh”...kena patuhi jugalah arahan yang diberikan… CCTV siap dipasang dalam bilik tu… Pencahayaan dalam bilik pameran pun kelihatan samar je, mungkin tak nak bagi orang ambil gambar kot sebab masuk pun tiada siapa yang jaga kt dalam bilik tu….

Susunan mozek corak geometri yang berwarna-warni dan ukiran ayat Quran dan nama Allah melatari seni bina di sini. Memang memukau pandangan. MasyaAllah…

20180402_152217[1].jpg

20180402_152355[1].jpg

Pemandangan di bersebelahan astaka.. memang menggamit mata yang memandangnya la… sebab banyak bunga yang turut dijumpai di sekitar astaka ni…

Habis setengah jam juga Cik Bib berjalan-jalan dalam astaka ni sambil tengok hasil seni, bacala juga info2 menarik di sekitarnya… Mungkin pada pendapat Cik Bib, pihak pengurusan seharusnya menambah baik kawasan dari segi menceriakan kawasan dalam astaka supaya kelihatan lebih ceria dan menarik…Kalau boleh ada lah pengawal atau tour guide untuk terangkan serba sedikit kepada pelawat sejarah dan keunikan Astaka Morocco ini.

Info juga perlu diperbanyakkan di setiap ruangan sudut..sebab nampak je pedang tapi tak tahu pedang apa… kerusi pun setakat jadi pameran…tak tunjuk pun sebab apa dan tujuan apa kerusi tersebut terwujud… ^^ Apa-apapun bagi Cik Bib, tempat ini adalah yang menarik juga untuk dikunjungi di hujung minggu korang!

Kesimpulannya Cik Bib perhatikan Astaka Morocco adalah tempat yang sesuai untuk pencinta hasil seni dan ukiran… Kalau rasa nak cari ilham, boleh la datang ramai-ramai dengan kawan2 atau keluarga berjalan dalam Astaka Morocco ni… ^_^

Leave a Reply