KENAIKAN SATU GAJI TAHUNAN BUAT PENJAWAT AWAM

1.6 juta penjawat awam bakal menerima insiatif daripada kerajaan dimana satu gaji tahunan bakal dinaikkan berkuat kuasa 1 Julai ini. Berita gembira ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam.

Yang menariknya, pemberian kenaikan gaji yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion itu adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan.

Kalau kita lihat semula….penjawat awam bakal mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Leave a Reply