BN PERANGI PENIPUAN PEMBANGKANG SEKERAS-KERASNYA

“Sebab itu kita mesti perang mereka (pembangkang) habis-habisan. Takkan lah kita hendak termakan dengan penipuan mereka. Kita mesti berdiri dengan sesuatu yang boleh mengubah masa depan kita iaitu kerajaan BN.”

Berikut merupakan kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin menentang pembangkang dan membuktikan kemampuan Barisan Nasional; BN yang mampu membela nasib dan masa depan rakyat.

BN yang pentingkan rakyat menyifatkan bahawa kalau hendak politik tiada masalahnya tetapi jangan menipu rakyat yang amat memberikan harapan kepada kerajaan yang memerintah. Penipuan mereka adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan dan BN sekeras-kerasnya menentang tindakan tersebut.

Najib berkata antara penipuan pembangkang termasuk dilakukan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang mendakwa kononnya kerajaan memberi kerakyatan kepada rakyat China yang membeli hartanah di Forest City dekat Gelang Patah dan kerajaan negeri Kedah pula sudah menjual tiga pulau kepada China.

Disebabkan banyak berita palsu yang dicanang pembangkang, maka, pembangkang sendiri takut terhadap Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat.

Contoh yang dapat dilihat adalah keadaan pembinaan rumah mampu milik di Selangor misalnya, amat kecil bilangannya berbanding Johor yang menyasarkan 71,000 RMMJ menjelang 2020.

“Apa hendak dimegah di Selangor? Pemimpin dapat undi, rakyat dapat baldi. Di Pulau Pinang, mereka (kerajaan negeri) buat projek terowong tetapi tidak nampak cahaya di hujung terowong,” kata Najib lagi.

 

Leave a Reply