BN JANJI HAPUS KEGIATAN PERJUDIAN DI KELANTAN

Kelantan juga merupakan negeri yang menjadi tumpuan kerajaan Barisan Nasional; BN untuk memberikan peruntukan terhadap projek-projek pembangunan dan dana bantuan rakyat buat negeri itu.

Hal ini membuktikan bahawa BN amat komitmen untuk menghapus kegiatan perjudian seratus peratus di Kelantan sekiranya rakyat memberi mandat mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Komitmen BN itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai menepis tomahan pihak tertentu kononnya jika BN kembali mentadbir negeri ini akan menghalalkan kegiatan perjudian.

Selain daripada itu, BN juga akan mengambil tindakan untuk membanteras sepenuhnya Pil Kuda (Methamphetamine) kerana Kelantan adalah negeri terbesar pengedaran dadah tersebut.

Walaupun indeks jenayah di Kelantan telah turun, apabila BN ambil alih (pentadbiran Kelantan) pastikan ianya turun lebih banyak supaya rakyat Kelantan akan rasa lebih selamat.

Leave a Reply