RM25 JUTA DISALURKAN BAGI MEMBANTU USAHAWAN MUDA CINA

Peruntukan berjumlah RM25 juta akan disalurkan ke dalam Skim Mikro Kredit E-Dagang bagi membantu usahawan muda berbangsa cina berusia 18-54 tahun dan menggalakkan mereka menyertai usaha transformasi digital yang diwujudkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri yang mengumumkan peruntukan tersebut menggesa agar usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana; PKS muda cina mengambil kesempatan ini bagi menempa kejayaan dalam perniagaan masing-masing sekaligus menjadikan Transformasi Nasional 2050; TN50 menjadi kenyataan.

Kelebihan Skim Mikro Kredit E-Dagang
1) Mampu menghasilkan keputusan hebat dalam tempoh singkat merangkumi sekurang-kurangnya tiga bidang utama termasuk menyemai elemen keusahawanan-tekno dalam golongan muda.
2) Meningkatkan tahap kehidupan mereka dari segi pendapatan dan kualiti kehidupan.
3) Membantu transformasi PKS tradisional agar mereka dapat kekal kompetitif dan relevan selain membantu produk luar bandar kita menembusi pasaran global.

Relevan Skim Mikro Kredit E-Dagang
1) Menawarkan kemudahan pembiayaan serba cekap serta berpatutan untuk membantu usahawan muda Cina mengharungi transformasi digital.
2) Membolehkan usahawan tradisional PKS kaum itu mentransformasi perniagaan mereka dengan teknologi digital.
3) Penggunaan komputer peribadi atau telefon mudah alih misalnya dapat menghubungkan pembeli dan penjual secara dalam talian.
4) Kepentingan sektor e-dagang dan pendigitalan bagi masa depan dengan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) – pertama di dunia di luar China yang bertujuan memanfaatkan kepesatan ekonomi internet dan e-dagang merentasi sempadan.

Leave a Reply