ELAUN SUKARELAWAN POLIS DINAIKKAN RM2 SEJAM

Elaun sukarelawan polis di seluruh negara dinaikkan kepada RM2 sejam berkuatkuasa serta mereta. Elaun anggota daripada RM6 kepada RM8 sejam itu melibatkan anggota manakala elaun pegawai pula dinaikkan kepada RM9.80 sejam daripada RM7.80.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan kenaikan ini mengharapkan akan lebih ramai lagi penyertaan di dalam pasukan sukarelawan ini untuk memberikan motivasi dan semangat yang baik.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri sangat menitikberatkan soal keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melengkapkan pasukan itu melalui peruntukan untuk pembelian dan peralatan aset yang canggih.

Antara peruntukan yang diberikan kepada anggota polis adalah menaik taraf berek daripada dua unit berek dan dijadikan hanya satu unit supaya setiap berek ada tiga bilik tidur dan sekurang-kurangnya dua bilik air.

Ahmad Zahid berharap kesemua perancangan untuk menaik taraf itu akan dapat dilaksanakan segera apabila semua masalah-masalah utama termasuk kewangan dapat diatasi.

Leave a Reply