DAP MELAMPAUI BATAS, CUBAAN MENGGANGGU HUBUNGAN BAIK MALAYSIA DAN CHINA

Pakatan Harapan diketuai DAP sedaya upaya untuk membuat cubaan untuk menganggu hubungan baik antara Malaysia dan China dengan merancang untuk membatalkan kontrak yang ditandatangani kedua-dua belah pihak sekiranya mereka berkuasa memerintah negara.

Tindakan DAP ini disifatkan sebagai melampaui batas seolah-olah ingin menjual negara dan menjatuhkan Malaysia daripada dilihat buruk oleh negara luar. Ini tidak lain, tidak bukan hanyalah mainan politik DAP yang berminat dengan jawatan semata-mata tanpa melihat rakyat yang sepatutnya menikmati kesejahteraan dan kerjasama itu.

_DAP memang kejam! Mereka sanggup membatalkan kontrak itu. Bayangkanlah…. jika kita cuba menjejaskan hubungan dengan China. China tidak lagi membeli produk kita, China tidak lagi membeli produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita, minyak sawit,cuba bayangkan apa akan berlaku kepada ekonomi kita_

Malaysia sudahpun menjalinkan kerjasama erat de­ngan China khususnya dalam pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), apabila menjadikan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma sebagai penasihat bagi memanfaatkan pertumbuhan ekonomi internet dan e-dagang tanpa sepadan.

 

Leave a Reply